Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun

Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun

Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun|Kanak-kanak perempuan yang mengadu sakit pada kemaluannya ketika membuang air kecil membawa kepada pendedahan dirinya menjadi mangsa cabul.

Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun
Cabul & Sumbat sampah dalam kemaluan anak 4 tahun

Mangsa yang berusia empat tahun itu dipercayai dicabul lelaki Vietnam yang bekerja dengan bapanya dalam industri laut dalam.

Semuanya terbongkar selepas ibu mangsa berusia 33 tahun curiga selepas anaknya mendakwa sakit pada kemaluan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan, berkata mangsa mendakwa pekerja bapanya itu memasukkan ‘sampah’ ke dalam kemaluannya sebelum itu.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis, pada kira-kira 3 pagi, hari ini.

Katanya, polis kemudian lapan suspek berusia 19 hingga 47 tahun ditahan di rumah berkenaan dua jam kemudian.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama semua suspek antara 3-5 petang semalam, kerana bapa dan ibunya pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui visa pekerja berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Innalillah.. Al-Fatihah.. Chef Terkenal Tanah Air Maut Di Tembak.. Hilang Lagi Kita Insan Tanah Air.. Semoga Ditempatkan Dikalangan Orang Beriman.. Takziah Keluarga Mangsa

loading...

“Semua suspek bekerja dalam industri laut dalam yang diusahakan bapa mangsa dan menetap sementara bersama mereka di rumah nenek mangsa,” katanya di Kuching, hari ini.

Aidil berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut namun keputusan masih belum diperoleh setakat ini.

Katanya, mangsa juga masih belum dapat mengenal pasti suspek yang didakwa memasukkan sesuatu pada kemaluannya.

“Semua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Sumber - Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post