3 Parah & 2 Putus Kaki. Tragis LETUPAN Di Tapak Pembinaan MRT Buat Ramai TERPANA !!!

3 Parah & 2 Putus Kaki. Tragis LETUPAN Di Tapak Pembinaan MRT Buat Ramai TERPANA !!!

Satu kejadian berlaku di Bandar Malaysia berhampiran dengan Lapangan Terbang Sungai Besi yang mengorbankan nyawa.

3 Parah & 2 Putus Kaki. Tragis LETUPAN Di Tapak Pembinaan MRT Buat Ramai TERPANA !!!
3 Parah & 2 Putus Kaki. Tragis LETUPAN Di Tapak Pembinaan MRT Buat Ramai TERPANA !!!

KUALA LUMPUR – Tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah termasuk dua putus kaki selepas berlakunya letupan di tapak pembinaan MRT di Bandar Malaysia dekat Lapangan Terbang Sungai Besi di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan letupan itu yang berlaku sekitar pukul 5.23 petang.

“Letupan itu mengakibatkan tiga orang pekerja warga Bangladesh cedera, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, seorang pekerja cedera parah pada tangan dan kaki manakala dua lagi dilapor putus kedua-dua belah kaki.

ARTIKEL MENARIK: Video & Punca Kemalangan Maut Di LDP

loading...

Menurut beliau, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kejadian merupakan kemalangan di tempat kerja dan kita masih mengenalpasti punca letupan.

“Kita juga percaya tiada sebarang unsur sabotaj dalam kejadian ini,” ujarnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.23 petang dan seramai 25 orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian letupan di kawasan tersebut dan terdapat tiga mangsa iaitu pekerja pembinaan yang terlibat,” katanya. – K! ONLINE

Sumber : kosmo
Kredit - erabarus

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post