Bila dah melangkahkan kaki dalam dunia penuh glamor ini pastinya ke mana sahaja selebriti pergi akan mendapat perhatian termasuklah pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezama atau lebih dikenali Mira Filzah.
WOW Mira Filzah Menyerlah Di Pentas Fesyen Kota New York |
Perwatakannnya yang manis pasti membuatkan sesiapa melihatnya tertawan.
Baru-baru ini, Mira Filzah telah menjayakan Minggu Fesyen New York pada 8 hingga 10 September yang lalu di Kota New York.
Wow! Bukan Calng-calang hebat. Orang lain masih lagi mencari platform untuk menjadi model di Malaysia, tapi Mira dah jauh melompat ke peringkat antarabangsa sampai nun jauh ke Kota Big Apple itu.
ARTIKEL MENARIK: Bekas Suami Joy Revfa, Datuk Ray Pula Akan Ambil Tindakan Undang Undang
loading...
Menerusi entri di akaun Instagram milik Mira, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan dia berada dia atas pentas peragaan tersebut.
Perkongsian pelakon jelita itu telah menerima lebih daripada 66,000 likes setakat inidaripada sebahagian kira-kira 2 juta pengikutnya di laman sosial. Rata-rata pengikutnya berkata Mira seperti barbie doll bergerak.
Ramai juga yang memuji kejelitaan Mira dan penampilannya tampak sangat manis dengan menggayakan tudung labuh yang menampakkan ciri Islam.
Mira yang telah menggayakan busana pengantin itu membuatkan kejelitaannya menyerlah di pentas itu.
Jenama Eja Shahril telah memilih pelakon Meh Sandar lagi untuk mengayakan rekaan pereka fesyen tanah air, Shah Irza Zulkiply.
Setiap rekaan Eja Shahril juga dipuji oleh kerana pereka fesyen itu mengutamakan ciri ciri Islamik dalam setiap rekaannya.
Dalam pada itu, Mira juga sempat berkongsi beberapa gambarnya ketika berjalan-jalan di sekitar New York City, yang sering dijadikan lokasi penggambaraan filem.
Dalam perkembangan lain, Mira yang merupakan pengasas produk kecantikan Mora ini merupakan pengeluar produk Pure Argan Oil yang pertama yang dipasarkan di Malaysia.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Post a Comment