“Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng

“Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng

Penyanyi Ameng menyingkap kembali bagaimana al-Quran mengubah hidupnya menjadi lebih bererti.

“Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng
“Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng

Ameng, nama popular Wan Aminuddin Wan Ismail, berkata pengalaman lapan tahun di penjara menjadikannya semakin dekat dengan kitab suci itu.

“Bermula di dalam penjara, al-Quran jadi teman sejati saya. Setiap masa saya berdamping dengan al-Quran sebagai pengubat jiwa.

“Masa itu saya rasa tertekan kerana rindukan keluarga dan hadapi kesulitan hidup terpenjara. Dengan al-Quran, kualiti hidup saya jauh lebih baik.

ARTIKEL MENARIK:Netizen Nampak Baby Bump Siti Nurhaliza? Betul Ke Datuk Siti Nurhaliza Sedang Hamil?

loading...

“Apa yang dilakukan di penjara, saya bawa keluar seperti bangun seawal jam 3 pagi. Saya bersolat tahajud, taubat, istikharah dan membaca al-Quran.

“Hidup saya paling berkualiti adalah di penjara kerana bebas daripada perkara maksiat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Penyanyi “Sejiwa” berkata demikian dalam satu perkongsian yang diadakan di Shah Alam minggu lalu.

Ameng, 49, turut terkenang kepedihan menerima lapan sebatan ketika menjalani hukuman penjara.

“Sebatan pertama sudah cukup untuk membuatkan kulit punggung saya terkoyak. Kesakitan yang amat sangat terasa seluruh badan.

“Belum pun sempat merayu untuk tangguhkan sebatan kedua, sebatan kedua menyapa semula di tempat yang sama.

“Pada masa itu, saya rasa bagaikan mahu mati. Sebaik sahaja saya dilepaskan daripada ikatan tali, tubuh terus rebah ke lantai yang dibasahi darah.

“Saya minta dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan, tapi pegawai memberitahu kecederaan dialami itu perlu sembuh dengan sendiri,” katanya.

Sumber: Projek MMO


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post