“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” Ini Kata2 Luahan Seorang Ibu Yg Kehilangan Anak Dalam Tragedi Kebakaran Buat Ramai TERPANA !!!

“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” Ini Kata2 Luahan Seorang Ibu Yg Kehilangan Anak Dalam Tragedi Kebakaran Buat Ramai TERPANA !!!

Sejak peristiwa ini berlaku, air mata saya sentiasa mengalir. Selepas semalam menerima perkhabaran punca tragedi yang sebenar buat lagi saya sebak.Noorazlina Bakry, 36, yang kehilangan anaknya, Muhammad Fahmie Abdullah, 11. Ini kata-kata permohonan Sang Ibu yang dilakukan pesalah buat ramai TERCENGGANG…

“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” Ini Kata2 Luahan Seorang Ibu Yg Kehilangan Anak Dalam Tragedi Kebakaran Buat Ramai TERPANA !!!
“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” Ini Kata2 Luahan Seorang Ibu Yg Kehilangan Anak Dalam Tragedi Kebakaran Buat Ramai TERPANA !!!

“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” Ini Kata2 Luahan Seorang Ibu Yg Kehilangan Anak Dalam Tragedi Kebakaran Buat Ramai TERPANA !!! | Ohbuaian – Seorang ibu yang terpaksa menerima ketentuan Allah. Namun apabila menerima kisah sebenar mengapa punca kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, si Ibu tidak percaya dan berasa terkejut.

SEREMBAN: “Saya tak akan maafkan mereka,” kata Noorazlina Bakry, 36, yang kehilangan anaknya, Muhammad Fahmie Abdullah, 11, dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, Khamis, lalu.

Beliau merujuk kepada tujuh suspek berusia 11 tahun hingga 18 tahun, yang ditahan polis kerana dipercayai bertangungjawab membakar bangunan asrama pusat tahfiz berkenaan, menyebabkan kematian 23 orang, termasuk dua guru.

ARTIKEL MENARIK: Kes Sudah Selesai.. Inilah Wajah-Wajah Suspek Yg Membunuh 21 Pelajar & 2 Guru Tahfiz

loading...

Noorazlina yang kerap menangis kerana bersedih dengan tragedi menimpa Muhammad Fahmie, anak sulung daripada empat beradik itu, berkata beliau tidak menyangka semua suspek yang masih muda sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu.

“Saya tidak mahu berjumpa mereka, tak mahu pandang muka mereka..saya tidak akan maafkan perbuatan mereka.

“Saya mengharapkan keadilan dapat ditegakkan. Biar mereka tak keluar (daripada penjara) pun tak apa. Hati apa (suspek) sanggup buat begitu… terhadap pelajar tahfiz pula tu,” katanya sebak ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media, mengesahkan punca kebakaran asrama pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, itu bermotifkan dendam.

Beliau turut mengesahkan polis menahan tujuh suspek berusia antara 11 tahun dan 18 tahun, yang dipercayai bertanggungjawab membakar tingkat tiga sebuah banglo yang dijadikan asrama pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Noridayu Bakery, 32, yang juga adik kepada Noorazlina, berkata kakaknya terlalu sedih apabila mengetahui kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan suspek.

“Kami banyak mendengar khabar angin mengenai punca kejadian itu, namun tidak terlalu mempercayainya.

“Bagaimanapun, kami amat terkejut dan sedih sebaik mendengar pengesahan polis melalui televisyen malam tadi.

“Kami harap mereka akan dihukum dengan adil di mahkamah. Kalau boleh kami mahu kumpulan suspek dibawa berhadapan dengan keluarga semua mangsa. Kami mahu mendengar permohonan maaf daripada mulut mereka sendiri,” katanya.

Sumber : bharian via belogfadahsempoi.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post