Alfatihah... Berita Sedih Buat Peminat Aiman Tino. Hajat Tak Kesampaian.. Sama-Sama Sedekahkan Alfatihah...

Alfatihah... Berita Sedih Buat Peminat Aiman Tino. Hajat Tak Kesampaian.. Sama-Sama Sedekahkan Alfatihah...

Dugaan yang sangat berat buat Aiman Tino apabila hajatnya tidak kesampaian selepas kehilangan adiknya yang kesebelas. Kejadian ini berlaku kerana ibunya Hazelina Mat Jalil, 41 mengalami keguguran semalam.

SAH ! Alfatihah... Berita Sedih Buat Peminat Aiman Tino. Hajat Tak Kesampaian.. Sama-Sama Sedekahkan Alfatihah...
SAH ! Alfatihah... Berita Sedih Buat Peminat Aiman Tino. Hajat Tak Kesampaian.. Sama-Sama Sedekahkan Alfatihah...

Aiman Tino sebelum ini ada menyimpan hajatnya untuk menanggung segala perbelanjaan adik kesebelasnya itu kerana dia kini telah mempunyai pendapatannya sendiri sebagai seorang penyanyi dan duta produknya.

“Saya sudah ada pendapatan sendiri dan kalau boleh mahu menjaga adik yang bakal lahir dengan sebaik-baiknya.

“Namun, apa boleh buat Allah lebih menyayanginya,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Dituduh Jahat Warnakan Rambut Dan Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan WIN Zara Zya

loading...

Menurut apa yang dikatakan oleh ayah kepada Aiman Tino, Yusry Iskhak, 48, isterinya yang mengandung 3 bulan telah mengalami pendarahan sejak 3 ogos lagi ketika menemankan Aiman melakukan persembahan di Melaka.

“Sejak itu Hazelina kurang sihat. Pada 12 Ogos lalu dia ikut saya dan Aiman ke Langkawi untuk penggambaran klip video.

“Sebaik kembali ke ibu kota, saya membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan dia ditahan sehinggalah semalam doktor mengesahkan kandungan tidak dapat diselamatkan.

“Hari ini Hazelina berpuasa kerana pada jam 9 pagi esok rahimnya akan dicuci di sebuah klinik swasta di Tanjung Malim. Doakan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Selain Aiman, Yusry dan Hazelina dikurniakan sembilan lagi anak iaitu Nur Fara Ain, 23, Mohd Aidil, 22, Nurfarazira, 21, Nur Isfasha, 15, Mohd. Haikal, 11, Nur Alya Mahsuri, 8, Nur Qaseh Mahsuri, 6, Mohd. Ikhwan, 3 dan Nur Nina Izara, 2.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post