Pemilik Syarikat ZurinJundi Wedding Planner Dari ‘Neraka’ Direman 2 Hari

Pemilik Syarikat ZurinJundi Wedding Planner Dari ‘Neraka’ Direman 2 Hari

KLANG, SELANGOR - Susulan lebih dari 100 individu tampil mendakwa mereka telah menjadi mangsa penipuan pakej perkahwinan oleh sebuah syarikat perancang perkahwinan, pemiliknya telah ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan, lapor Harian Metro.

Pemilik Syarikat ZurinJundi Wedding Planner Dari ‘Neraka’ Direman 2 Hari
Pemilik Syarikat ZurinJundi Wedding Planner Dari ‘Neraka’ Direman 2 Hari

Majistret S Nisha di Mahkamah Majistret Klang, memerintahkan wanita berusia 35 tahun itu ditahan reman jam 10.45 pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:Padah Guna Racun Serangga Untuk Hapus Kutu Di Kepala, Dua Beradik Maut Manakala Ibu Kritikal Akibat Keracunan..

loading...

Peguamnya, Mohamad Akmel Ari Shamsul Kahar berkata, anak guamnya itu telah ditahan polis sejak semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Dia direman dua hari. Namun saya tidak boleh mengulas lanjut supaya tidak menganggu siasatan.

"Namun, kami akan memfailkan saman sivil terhadap beebrapa individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat anak guam saya," katanya ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, mengesahkan penahanan pemilik syarikat berkenaan.

"Penahanan dibuat hasil laporan pengadu yang mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya.

"Pengadu mendakwa, dia telah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan," katanya.

Dalam masa yang sama, pihaknya turut mengenal pasti mangsa-mangsa yang lain dan laporan berkaitan kes itu dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.

Terdahulu, viral di media sosial video dan gambar pemilik syarikat berkenaan yang didakwa telah menipu orang ramai, selain gagal menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan. Ramai individu yang mendakwa mereka telah menjadi mangsa penipuan syarikat itu telah tampil menuntut semula ganti rugi yang dialami yang jumlah keseluruhannya dianggarkan RM500,000.

Ekoran dari viral itu juga, ramai bakal pengantin yang telah membuat bayaran deposit untuk menggunakan perkhidmatan syarikat itu juga tampil mendesak wang mereka dikembalikan antara RM3,000 ke RM10,000.

Difahamkan, selain di Selangor, syarikat itu juga mempunyai berberapa cawangan di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Sehari selepas diserbu, pemiliknya dilaporkan telah berjanji akan membuat pembayaran secara berperingkat kepada beberapa individu yang terlibat dan perjanjian itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pemilik syarikat itu sendiri. Namun salah seorang mangsanya memaklumkan, masih belum ada tindakan dari pemilik berkenaan.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post