Mama Norlia dedah tidak pernah ada rakan baik dalam kalangan artis

Mama Norlia dedah tidak pernah ada rakan baik dalam kalangan artis

ADA yang panggil dirinya Norlia, ada yang panggil Joyah dan ada yang panggil Mama. Tidak kira apapun panggilannya, sikap mesra dan rendah diri pelakon veteran ini sentiasa disenangi ramai.

Mama Norlia dedah tidak pernah ada rakan baik dalam kalangan artis
Mama Norlia dedah tidak pernah ada rakan baik dalam kalangan artis

Norlia Ghani, 69, bukan asing lagi bagi penggemar drama-drama Melayu era 1980-an sehingga sekarang.

Mendekati ibu kepada pelakon Rusdi Ramli ini, ada beberapa perkara yang dikongsikan mengenai perihal peribadinya yang mungkin kita tak tahu.

ARTIKEL MENARIK: Jangan Hina Anak Saya!..Hati Hitam!! - Yusof Haslam Mengamuk

loading...

1) Seorang yang suka dengar life music terutama lagu-lagu berentak Pop Yeh Yeh. Katanya: “Mama tak kisah apa orang nak cakap sebab dari dulu memang Mama suka dengar Life music!”

2) Sangat sayang kepada binatang terutama kucing. Katanya, di rumah dia mempunyai seekor kucing bernama Cici. Cicilah penghibur ketika hatinya sunyi.

3) Biarpun seorang artis, namun kata Mama Norlia dia tidak pernah mempunyai rakan baik dalam kalangan artis untuk berkongsi perkara peribadi. Bukan tidak percaya tetapi mengakui dirinya seorang yang suka berahsia.

4) Dari dulu sehingga sekarang, dirinya penggemar bunga-bungaan terutama Orkid dan Ros. Pernah dulu ketika berpindah ke rumah pangsa, kesemua bunga kesayangannya terpaksa diberi kepada orang kerana susah nak dijaga.

5) Drama Opah telah mempopularkan dirinya menerusi watak Joyah. Watak tersebut digambarkan dirinya seorang yang banyak mulut dan ‘bising’ tetapi realitinya, dia tidak begitu.

Apa-apa pun rahsia tentang dirinya, sama-sama doakan semoga pelakon Norlia Ghani terus diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Mstar


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post