‘Maafkan Saya Tak Mampu Tolong Selamatkan Mereka’ – Jiran Pusat Tahfiz

‘Maafkan Saya Tak Mampu Tolong Selamatkan Mereka’ – Jiran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Seorang jiran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, yang terbakar Khamis lalu, berasa amat terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan pelajar yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

‘Maafkan Saya Tak Mampu Tolong Selamatkan Mereka’ – Jiran Pusat Tahfiz
‘Maafkan Saya Tak Mampu Tolong Selamatkan Mereka’ – Jiran Pusat Tahfiz

Norhayati Abdul Halim, 46, meluahkan perasaan sedih itu ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.


“Saya nak minta maaf kepada semua ibu bapa pelajar yang terkorban.

“Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menjerit meminta tolong kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas.

“Saya juga gagal masuk ke tahfiz sebab api sedang marak di bahagian pintu,” katanya sebak.

Ibu enam anak itu mengakui masih terbayang lambaian tangan pelajar-pelajar di tingkat tiga pusat tahfiz tersebut meminta tolong.

ARTIKEL MENARIK:  Kes Sudah Selesai.. Inilah Wajah-Wajah Suspek Yg Membunuh 21 Pelajar & 2 Guru Tahfiz

loading...

“Bila berseorangan, saya teringat detik itu dan masih terngiang-ngiang jeritan kuat mereka minta tolong.

“Saya rasa bersalah pada diri sendiri, setiap masa saya menangis kerana teringat pada mereka,” katanya.

Norhayati yang menjalankan perniagaan dobi serta menjual pisang goreng bersama salah seorang anaknya di hadapan rumah berkata, pelajar-pelajar tahfiz itu sememangnya rapat dengannya dan anak-anak.

“Mereka selalu beli pisang goreng dan keropok lekor dengan saya. Ada antara mereka panggil saya mama, ibu.

“Mereka suka bergurau dan sakat saya selain kerap pinjam telefon untuk hubungi keluarga. Mereka umpama anak sendiri,” katanya.

Petang sebelum kejadian, katanya, tiga daripada pelajar terkorban tiba-tiba meminta untuk mengait mangga jiran sebelah rumahnya.

“Saya pelik sebab mangga tu muda, tapi mereka kata teringin sangat nak makan dengan nasi. Jadi kami kait mangga bersama-sama selepas mereka selesai beriadah di taman berdekatan.

“Saya tak dapat dengar lagi suara mereka mengaji dan berzikir beramai-ramai setiap pagi dan malam.

“Malah anak, Mohd Ikhwan Muslim, 7, dan cucu, Muhamad Erfan Budi Arman, 9, juga hilang sahabat ajar mereka mengaji,” katanya. – Sinar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post