Khalid masih ada ‘urusan belum selesai’, kata kumpulan orang hilang

Khalid masih ada ‘urusan belum selesai’, kata kumpulan orang hilang

PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar masih ada “urusan belum selesai” kerana kes penculikan Pastor Raymond Koh belum diselesaikan, kata sebuah badan bukan kerajaan.

Khalid masih ada ‘urusan belum selesai’, kata kumpulan orang hilang
Khalid masih ada ‘urusan belum selesai’, kata kumpulan orang hilang

Jurucakap Citizen Action Group on Enforced Disappearance (Caged), Thomas Fann ketika dihubungi FMT berkata, persoalan baru dibangkitkan pada minggu lepas mengenai fakta kes penculikan itu.

Beliau berkata, isteri Koh, Susanna Liew mendakwa kenyataan Khalid pada 25 Jun lalu mengenai “petunjuk baru” dalam kehilangan Koh yang dikaitkan dengan satu serbuan dadah di Kedah pada 18 Jun tidak konsisten dengan maklumat diberikan ketua polis Kedah seminggu sebelum itu.

ARTIKEL MENARIK: 'Dekat Ofis Aku, Aku Suka Dekat Bini Orang Ni, Aku Ikut Dia Sampai Tandas, Ini Yg Aku Buat Lepas Ikut Dia Sampai Tandas'

loading...

“Khalid kata dalang utama dalam penculikan itu ialah sebahagian sindiket penyeludupan manusia dan dia ditembak mati di Kedah. Beliau juga kata kereta bernombor pendaftaran ‘ST5515D’ ditemui.”

Ketika Koh diculik pada 13 Februari lalu, beliau sedang memandu kereta bernombor pendaftaran sama.

“Tetapi, polis Kedah memaklumkan mereka menyita 2 kereta bernombor pendaftaran WNS 5168 dan BNW 217 yang tiada kaitan dengan Pastor Koh.”

Fann mengulangi gesaan Caged kepada Khalid untuk menjelaskan mengapa nombor pendaftaran ST551D tidak termasuk dalam senarai barang disita polis Kedah.

Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di SS4, Kelana Jaya, Februari lalu.

Rakaman video menunjukkan pelan yang kelihatan dilaksanakan dengan baik dalam penculikan Koh, melibatkan 7 kenderaan dan sekurang-kurangnya 12 individu.

Kejadian itu hanya mengambil masa kurang 1 minit dengan semua kenderaan, termasuk kereta Koh meninggalkan tempat kejadian.

Khalid kemudiannya mendedahkan polis turut menyiasat laporan mengaitkan Koh terbabit dalam aktiviti memurtadkan orang Islam.

Isteri Koh pernah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis tidak memaklumkan perkembangan terbaru kes itu kepadanya, sebaliknya beliau hanya tahu mengenainya melalui laporan media.

Beliau turut kecewa dengan Khalid yang menyiasat dakwaan suaminya memurtadkan orang Islam berbanding menyelesaikan kes penculikannya.

Pagi tadi, Khalid ketika menyerahkan tugas kepada penggantinya, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua urusannya ketika menjawat ketua polis negara sudah selesai.

Sumber


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post