Kes 'Dobi ISLAM'. Ini Bukan Negeri Taliban, Sila Tinggalkan Johor Dan Buka Kedai Di Afghanistan. - Sultan Johor

Kes 'Dobi ISLAM'. Ini Bukan Negeri Taliban, Sila Tinggalkan Johor Dan Buka Kedai Di Afghanistan. - Sultan Johor

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas langkah sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya, dan mengarahkan pemiliknya membuat permohonan maaf atau berdepan penutupan.

Kes 'Dobi ISLAM'. Ini Bukan Negeri Taliban, Sila Tinggalkan Johor Dan Buka Kedai Di Afghanistan. - Sultan Johor

“Saya mahu pemilik kedai meminta maaf kepada saya dan rakyat Johor. Dia membuat rakyat Johor marah dan berasa malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu,” kata Sultan Ibrahim dipetik The Star hari ini.

Menurutnya, pemilik kedai itu boleh meninggalkan negeri Johor sekiranya mahu meneruskan dasar itu.

“Saya cadang dia buka kedai di Afghanistan,” tambahnya.

Sultan Ibrahim mengulas kontroversi melibatkan Elit Laundry, sebuah kedai dobi layan diri di Muar, selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.

Walaupun menerima kritikan ramai, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin memuji dasar “mesra pelanggan Islam” itu sebagai “cantik”.

ARTIKEL MENARIK: Gadis Malang Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dilacur RM 700 Kepada Warga Emas 82 Tahun

loading...

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur,” kata Tahrir dipetik Harian Metro.

“Jadi bila benda itu dipisahkan sangat bagus dan mudah-mudahan ia berjaya dan tidak jadi sesuatu yang iri hati kepada pihak lain,” katanya.Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam.”

Manakala Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut turut mengalu-alukan dasar itu.

“Falsafahnya bukan asing, tidak asing, tetapi untuk memastikan yang masuk itu tidak najis,” katanya.

Sultan Johor berkata beliau sudah pun membincangkan perkara itu dengan Tahrir dan juga exco negeri mengenai hal ehwal Islam, Abd Mutalip Abd Rahim.

“Saya tidak boleh menerima perkara karut ini. Ini Johor, ia milik Bangsa Johor dan milik semua kaum dan agama. Ini sebuah negeri progresif, moden dan sederhana,” katanya seperti dipetik The Star.

“Ini bukan negeri Taliban dan sebagai ketua agama Islam di Johor, tindakan ini tidak boleh diterima langsung kerana bersifat ekstremis,” katanya.

Sultan Ibrahim berkata segala bentuk diskriminasi tidak ada ruang di negeri Johor, dan memerintahkan pentadbiran negeri memastikan tindakan diambil ke atas perniagaan yang mengamalkan dasar itu.

“Sikap ekstremis tiada tempat di negeri saya. Kita bangga sebagai Bangsa Johor dan saya mahu tahu di mana pemilik dobi itu belajar Islam?”

Menurut Sultan Ibrahim, pemilik tidak perlu cuba mengaburi orang ramai dengan menggunakan istilah “Mesra Muslim” selepas mengubah notis yang memaklumkan hanya pelanggan Islam dibenarkan ke kedainya.



“Tak perlu lagak pandai. Ia sama sahaja. Pemilik perlu cuci otaknya.”

Sumber

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post