Inilah Keadaan Bayi Yang Terselamat Daripada Kebakaran Pusat Tahfiz

Inilah Keadaan Bayi Yang Terselamat Daripada Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Seorang bayi Siti Nur Hafifah Muhammad Azhari, 9 bulan yang berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, semakin sihat dan ceria.

Inilah Keadaan Bayi Yang Terselamat Daripada Kebakaran Pusat Tahfiz
Inilah Keadaan Bayi Yang Terselamat Daripada Kebakaran Pusat Tahfiz

NALURI IBU

Menceritakan detik cemas semasa kejadian, ibu saudara bayi berkenaan, Suzanliana Mahmood, 37, berkata, dalam kegelapan diselubungi asap tebal, ibunya mencari ke semua anak-anaknya sebelum menjerit meminta tolong.

“Naluri keibuan, walaupun tidak nampak, kerana asap tebal, Alhamdulillah beliau dapat jumpa anak-anak dan meminta anak-anaknya diselamatkan terlebih dahulu.

ARTIKEL MENARIK: Pusat Tahfiz DIHENTAM Dan DIKRITIK. Inilah Jawapan BALAS Ustaz Kazim Yg Buat Ramai SETUJU !!!


loading...


“Alhamdulillah, sekarang semua anak-anak sihat dan semakin ceria. Cuma selepas kejadian Hafifah dan Siti Nur Safiyah batuk-batuk, manakala ibunya muntah cecair hitam. Kami terus ke Hospital Kuala Lumpur dan mereka di tahan wad selama sehari sebelum dibenarkan pulang,” katanya.


DETIK CEMAS ANAK SULUNG

Sementara itu, anak sulung Muhammad Azhari Mahmod, 40, Siti Nur Fatimah,12 turut menceritakan detik cemas semasa kejadian.

Siti Nur Fatimah segera mengejutkan ibu dan adik-adiknya. Dalam keadaan panik, Fatimah begitu cemas dan bimbang keselamatan mereka kerana ketika itu api semakin marak.


“Masa tu dengar letupan kuat sangat macam bunyi guruh, macam bunyi mesin basuh rosak. Saya terus bangun kejutkan mak dengan adik-adik. Adik dua tahun dengan pakcik. Dia turun (selamatkan diri) dari melalui tangga yang disediakan bomba.


HARI TERAKHIR UPSR

“Hari kejadian itu juga, hari terakhir saya UPSR. Alhamdulillah lepas cikgu tenangkan saya, saya boleh jawab peperiksaan (Kertas Sains 1 dan 2),” katanya ketika ditemui.

Kredit : Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post