KEJUJURAN sembilan pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) Baling, memulangkan wang tunai RM2,379.80 dijumpai mereka kepada pemiliknya di Kupang, Baling, semalam, menjadi contoh teladan terbaik.
Baru² Ini VIRAL Gambar Pekerja E-Idaman Jumpa Duit. Inilah Cerita SEBENAR Yg Ramai NAK TAHU !!! |
Ketua Unit E-Idaman Baling, Shazwan Shahbudin berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membersihkan rumah wanita warga emas berusia 60-an di Taman Seri Mawar, Kampung Landak, Kupang.
ARTIKEL MENARIK: Pemandu Teksi Ini Terlalu Mengantuk Ketika Memandu. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TERKEJUT !!!
loading...
“Seorang anak keluarga itu yang tinggal di Kuala Lumpur meminta membersih sekitar rumah emaknya, Aminah Yahya di taman itu yang penuh dengan barangan terbuang, semalam.
“Difahamkan emaknya suka mengumpul barang terbuang di dalam rumah. Saya kemudian mengarah pekerja untuk membersih sekitar rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, wanita yang tinggal bersama seorang anak lelaki ada merungut kerana wangnya ada dalam longgokan plastik dan barang terbuang itu.
“Sembilan pekerja saya kemudian cuba mencari dalam longgokan itu, namun tidak jumpa sebelum membawa longgokan plastik dan barang terbuang itu ke pusat pembuangan sampah di Pulai.
“Selepas membersih satu persatu mereka menjumpai satu bungkusan plastik dengan wang berjumlah RM2,379.80,” katanya.
Shazwan berkata, wang itu dipercayai disimpan oleh warga emas itu di dalam bungkusan plastik sekian lama kerana sudah berlumut dan pudar.
“Kami menyerah semula wang itu kepadanya, semalam,” katanya.
Shazwan berkata, mereka melakukan kerja amal membersih rumah warga emas itu dan memuji sikap jujur pekerjanya.
Tindakan mereka memulangkan wang dalam bungkusan plastik itu turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Kredit : Harian Metro & SINAR HARIANI
Post a Comment