10 keluarga Waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!

10 keluarga Waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!

PENGETUA pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan yang terbakar itu.

10 keluarga Waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!
10 keluarga Waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!

Beliau berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh ahli keluarga ketika menghantar anak mereka masuk belajar di pusat tahfiz itu.

“Status bangunan kita tak perlu bincang sebab kita menumpang di sini. Adat orang menumpang takkan kita nak tanya ada sijil kelayakan atau tidak.

“Jadi sepatutnya pihak ibu bapa terlebih dulu kena tanya bangunan ini ada permit atau tidak sebelum bawa masuk anak tapi mereka tak pernah soal,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di depan bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

ARTIKEL MENARIK: SUBHANALLAH. Ingat Lagi Gambar VIRAL Orang “Gila” Solat Ni ? Ini Identiti SEBENAR Yang Buat Ramai TERKEJUT

loading...

Sebahagian waris mangsa mempersoalkan pihak tahfiz kerana tidak pernah kepada mereka maklumat mengenai aspek keselamatan bangunan itu seperti yang didedahkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Noh Omar, dalam reaksi pertama tidak sampai 12 jam selepas kebakaran pada 14 September lalu, berkata permohonan dikemukakan oleh pengurusan tahfiz itu kepada pihak berkuasa berbeza dengan keadaan sebenar bangunan.

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi tembok dibina dan tidak ikut pelan asal.

“Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya.

Lebih 10 keluarga waris mangsa kebakaran pusat tahfiz itu kini melantik peguam bagi menuntut keadilan setelah merasakan pihak pengurusan tahfiz mengabaikan mereka sejak kejadian.

Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2017.

Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2017.

Bangunan sementara tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibina di atas tanah seorang penduduk di kawasan tersebut yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bangunan tetapnya yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar sedang dalam proses ubah suai. Mereka dijadualkan berpindah bulan depan.

Namun selepas diperiksa oleh bomba, setelah kejadian kebakaran itu, beberapa ubah suai tambahan perlu dilakukan dan dijangka boleh diduduki dalam masa tiga, empat bulan lagi.

Menurut pengetua, sekolah tahfiz itu tidak pernah mengenakan yuran kepada ibu bapa pelajar.

“Tahfiz ini beroperasi hasil sumbangan orang ramai, kita tak kenakan bayaran yuran.”

Insiden kedua terbesar dalam sejarah kebakaran sekolah agama di Malaysia ini dikatakan berpunca daripada dendam.

Kebakaran itu membunuh 21 pelajar dan dua guru warden asrama. Hampir semua mangsa ditemui dalam keadaan rentung terbakar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Wan Mohd Nor Ibrahim sebelum ini mendedahkan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat itu berpunca oleh api dicucuh menggunakan petrol yang disimbah pada beberapa bahagian bangunan itu.

Petrol itu disimbah pada pintu, rak penyangkut tuala, rak kasut dan dinding berdekatan pintu masuk bilik asrama di tingkat tiga bangunan sementara pusat pelajar itu.

Putrajaya kemudian mengumumkan jawatankuasa penambahbaikan sekolah tahfiz yang pada Selasa mencadangkan pindaan ke atas Akta Pendidikan 1996 bagi memasukkan bidang kuasanya mencakupi sekolah tahfiz.

Tujuh budak lelaki berumur antara 11 hingga 18 tahun ditahan reman sejak 15 September lalu. Perintah tahanan awal selama tujuh hari sepatutnya berakhir pada Jumaat tetapi disambung tujuh hari lagi sehingga 29 September ini. – 23 September, 2017.

Sumber: themalaysianinsight


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post