Semalam dengan bangganya Datuk Red ada mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baru yang dikenali N, namun hubungan itu diketahui isterinya, Adira. Sudah lali dengan kontroversi membabitkan suaminya dengan wanita lain, Adira enggan mengendahkan perkara itu kerana menganggap suaminya sukakan publisiti murahan.
Tawar Hati Melayan Gosip Skandal Suami. "Suami Saya Memang Suka Publisiti Murahan" |
“Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan.
ARTIKEL MENARIK: ‘Tuhan Jagakan Dia Untukku…’ – Luahan Rasa Erma Fatima
loading...
Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan”
“Kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri. Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Selain itu Adira turut memberitahu dirinya sudah tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan setiap kali timbulnya kontroversi suaminya bermain cinta kerana sudah terlalu kerap terjadi. Menerusi laporan media lain pula, Datuk Red turut mengakui sedang mencari calon isteri ketiga buat masa ini namun N tidak menepati citarasanya untuk dijadikan isteri.
Kalau isteri sendiri sudah malas hendak melayan perangai suaminya, sebagai orang luar rasanya kelu lidah untuk memberikan komen. Apa yang diharapkan Adira tabah mengahdapi kehidupan mendatang, apalagi menjaga anak sulungnya, Anggerik yang kini memasuki enam bulan
Sumber: ROTIKAYA
Post a Comment