Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau
Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau

Seorang lelaki berusia 55 tahun terpaksa menerima lebih 15 jahitan selepas dia ditetak oleh isterinya apabila menyuarakan keinginan untuk berkahwin lagi satu.

ARTIKEL MENARIK: Bapa saudara jahanam, korek kemaluan anak saudara berusia 5 tahun dengan jari

loading...

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manek Urai Lama pada Khamis itu, mangsa ditetak dibahagian kepala, dahi kanan dan juga lengan kanan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain, isteri mangsa menetak lelaki terbabit selepas menyarakan hasratnya mahu berpoligami.

“Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.

“Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah,” katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Mangsa telah dihantar ke Klinik Manek Urai dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu telah pun berbaik dan tiada laporan polis dibuat.

Gambar kejadian ini menjadi tular di laman sosial Facebook hari ini yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Via: SK

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post