Pelancong Dedah Kejadian Menakutkan Di Bali Yang Terjadi Atas Dirinya

Pelancong Dedah Kejadian Menakutkan Di Bali Yang Terjadi Atas Dirinya

Percutian itu memang sesuatu yang sangat menyeronokkan tetapi pernahkah kamu terbayang apa yang akan terjadi sekiranya percutian mendamaikan itu bertukar menjadi satu mimpi ngeri?

Pelancong Dedah Kejadian Menakutkan Di Bali Yang Terjadi Atas Dirinya
Pelancong Dedah Kejadian Menakutkan Di Bali Yang Terjadi Atas Dirinya

Baru-baru ini di internet kecoh tentang pengalaman dua orang jurugambar berasal dari Afrika Selatan yang sedang bercuti di Kuta Bali bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mengalami halusinasi yang teruk sebaik sahaja minum air kelapa segar yang dijual di sana.

ARTIKEL MENARIK:  Lupa Matikan Pembesar Suara, Apa Yang Tok Imam Lakukan Ini Buat Ramai Terkejut!!!

loading...


Menurut MH Online, dengan membayar sebanyak 97 Rupiah, Lizane Louw, 40, dan Gita Claassen, 29, diberi tempat duduk di sebuah gerai di tepi pantai.

Sepanjang berada di sana, semuanya dalam keadaan yang normal sehinggalah mereka sedar ada yang tidak kena dengan minuman tersebut.

Waspada, Pelancong Kongsi Detik Cemas Menakutkan Di Bali
Lizane Louw, Gita Claassen, Bali

Katanya air kelapa tersebut agak masam dan lain rasanya. Tetapi mereka bersangka baik dan berfikir mungkin kerana ia masih terlalu muda untuk diminum.

Sedang leka menikmati pemandangan, ada seorang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka dan mengaku sebagai seorang jurulatih luncur.

 “Saya fikir dia mahu memberi tunjuk ajar berkenaan dengan meluncur ataupun memberitahu saya tentang kebudayaan pulau ini. Tetapi bila fikirkan semula, lelaki tersebut kelihatan tidak tenang dan asyik memandang keliling.

“Jurulatih tersebut punyai badan yang tegap dengan ada kesan regangan di kawasan pinggul dan lengan. Dia tidak kelihatan seperti seorang jurulatih’” jelasnya.

Malah lebih mencurigakan apabila rakan-rakan jurulatih tersebut turut memerhatikan mereka dari jauh dan seolah-olah sedang ketawakan mereka berdua.

Tetapi mereka tidak pedulikan dan terus menikmati minuman tersebut. Selang beberapa ketika, Louw berhenti minum dan terus menuju ke kawasan air untuk berenang bagi menurunkan bahang yang dirasai.

 “Saya ingin berenang, jadi saya tanggalkan kaca mata saya dan saya terus masuk ke dalam air. Jurulatih tersebut menghampiri saya sekali lagi dan bercerita tentang tattoo yang ada di badan,” kata Louw.

Waspada, Pelancong Kongsi Detik Cemas Menakutkan Di Bali
Lizane Louw, Gita Claassen, Bali

Sedang asyik berborak, tiba-tiba Louw merasakan sesuatu yang pelik pada badannya…

 “Kaki saya kaku. Mulut saya tercungap-cungap dan saya berjuang untuk bercakap. Saya ingat saya dalam keadaan tersebut agak lama. Manakala jurulatih tersebut hanya memandang ke arah saya. Saya masih di dalam air sewaktu itu.

“Saya lihat Gita yang sedang duduk di bangku. Dia tersenyum pelik. Saya sedar ada sesuatu yang tidak kena terjadi. Saya jerit kepadanya , jangan minum air kelapa itu, mari sini!

“Saya risau, saya tahu ada sesuatu yang telah masuk dalam sistem badan saya yang tidak patut ada. Saya mula berhalusinasi,” jelasnya panjang.

Claassen turut rasa sesuatu pelik tetapi tidak sedar rakannya Louw sedang berada dalam kesulitan. Setelah menyedari apa terjadi, Claassen segera membantu rakannya dan menarik lengannya lalu terus lari meninggalkan tempat tersebut.

 “Lelaki tersebut memandang rendah terhadap saya. Saya sendiri tidak ingat bagaimana kami boleh selamatkan diri.

“Jika ingat semula, saya rasa seperti dua rama-rama terbang di dalam sangkar besar. Ia memang mengerikan dan tidak sangka boleh berlaku waktu siang.

“Saya sangat kecewa, sepanjang mengembara ke seluruh dunia, saya tidak pernah terfikir akan diberi dadah sewaktu di Bali apatah lagi waktu siang,” jelas Louw.

Keesokkannya Louw telah mengalami kekejangan di bahagian perut, kerana terlalu paranoid, mereka berdua bergegas ke hospital antarabangsa yang terletak di Nusa Dua dan doktor telah mengesahkan ada ‘benda asing’ di dalam tubuh mereka berdua.

Pelancong Kongsi Detik Cemas Menakutkan Di Bali
Lizane Louw, Gita Claassen, Bali

Walau bagaimanapun, mereka terlalu takut untuk membuat laporan pada pihak berkuasa. Namun mereka terbuka untuk menceritakan detik menakutkan ini sebaik sahaja baca kisah yang sama tersebar di internet.

Kami harap semua orang yang baca pengalaman ini dapat mengambil ikhtibar dan lebih berhati-hati selepas ini. Macam-macam cara orang boleh cuba kenakan kita.

B.mazeer
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post