Baru sahaja berjaya dan menjadi fenomena, namun nampak ada cerita kurang enak di sebalik lagu I Am Me nyanyian Datuk Vida.
PANAS ! Kerana Lagu 'I AM ME' Datuk Vida Tak Puas Hati Dengan Edry, Sanggup Cakap Edry Macam Ni ? |
Menerusi satu ruangan gosip di Harian Metro menyatakan rupanya Vida tidak berpuas hati berkaitan projek lagu tersebut.
ARTIKEL MENARIK: Lagi Produser Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah
loading...
Ruangan Cik Pang itu turut menyatakan antara yang menyebabkan pengasas kosmetik itu tak berpuas hati dengan Edry Abdul Halim selaku komposer lagu tersebut ialah hak cipta penulisan lirik.
"Menurut sumber, lirik lagu I’am Me sebenarnya dihasilkan bersama antara Datuk Vida dan juga Edry tetapi apabila didaftarkan ia menyatakan lagu itu adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry.
"Begitu juga dengan hak milik klip video, katanya Datuk Vida mahu menampilkan klip video I’am Me dalam laman youtube miliknya tetapi sebaliknya sebaik saja siap ia dimuat naik ke laman youtube milik KRU Music," kata kenyataan di ruangan gosip tersebut.
Kata Cik Pang lagi sudah tentu lagu dan klip video adalah milik sepenuhnya syarikat rakaman.
"Mungkin perkara ini ditimbulkan orang yang terdekat dengan kedua-dua belah pihak ini tidak tahu yang Datuk Vida adalah artis naungan KRU, atau sebaliknya," kata kenyataan itu lagi.
Apa pun, diharap kedua pihak Vida dan Edry baik-baik sahaja. Jika ada perkara berbangkit keduanya masih boleh berbincang mencari penyelesaian, kan?
Post a Comment