KETUA kongsi gelap Geng 36 mati selepas dalam satu serbuan di Lagenda Height, Sungai Petani, hari ini.
Kepala Samseng Geng 36 Tersungkur. Mati Ditembak Polis.. |
Penjenayah itu ditembak dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Jabatan siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, pada kira-kira 7 pagi.
ARTIKEL MENARIK: 3 pelancong Malaysia pecahkan dinding, serang staff dan berak dalam shower room penginapan di Osaka [VIDEO]
loading...
Polis bertindak menyerbu rumah didiami ketua samseng itu sebelum suspek menembak anggota polis yang cuba memasuki kediaman itu.
Menurut sumber-sumber, anggota polis kemudian membalas tembakan itu dan merempuh masuk ke dalam rumah sebelum menembak mati suspek di tingkat atas.
"Polis kemudian menemui pistol berhampiran suspek dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah dadah di dalam rumah itu.
"Suspek adalah Ketua Geng 36 yang amat kehendaki polis dan serbuan dibuat hasil risikan yang dilakukan polis," katanya.
Difahamkan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff dijangka mengadakansidang media tengah hari ini.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment