Harga Minyak NAIK Lagi

Harga Minyak NAIK Lagi

PUTRAJAYA, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini untuk tiga minggu berturut-turut.

Harga Minyak NAIK Lagi
Harga Minyak NAIK Lagi

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk minyak RON 95 naik kepada RM2.12 seliter, bertambah lima sen berbanding RM2.07 seliter sebelumnya.

ARTIKEL MENARIK: Jangan Nafi Sejarah, Jasa Mahathir Kepada Negara

loading...

Manakala harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula ditetapkan kepada RM2.39 seliter, naik tujuh sen daripada hanya RM2.32 seliter pada seminggu sebelumnya.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama turut diumumkan menokok hanya satu sen kepada RM2.06 seliter, berbanding RM2.05 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 10 Ogos sehingga 11.59 malam pada 16 Ogos depan.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post