Header Ads

Anak Melayu bangga digelar bekas muslim di perhimpunan atheist: “Apa salah kami dilayan begini, adakah kami cederakan orang?” – Pengasas Atheist Republic

loading...

Pengasas Atheist Republic hari ini melahirkan rasa pelik dengan sikap kerajaan yang dilaporkan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu di mana mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini, lapor Malay Mail Online.

ARTIKEL MENARIK: 'ALLAH ! Patutlah Ibu Aku Selalu Cerita Pasal Suami Aku, Rupanya Ini Yg Dia Buat !' - Anak Bongkar Kegiatan HINA Ibu Kandungnya Sendiri

loading...

Menurut pengasasnya, Armin Navabi, mereka yang datang mengadakan pertemuan baru-baru ini hanyalah sekadar bertukar-tukar fikiran.

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” katanya.

Beliau menyatakan kumpulan itu kini mempunyai cawangan di setiap negara di dunia tetapi tiada lagi negara yang cuba menghukum mereka.

Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu.

Beliau juga pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mengecam perjumpaan mereka di Kuala Lumpur sehingga ada yang mengugut untuk pancung mereka.

Sejak beberapa hari lalu iaitu 3 April, tular di laman sosial sebuah perjumpaan ahli Ateis di Kuala Lumpur di mana perjumpaan yang dianjurkan oleh Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, telah dihadiri oleh mereka yang asalnya dari pelbagai latar belakang agama termasuk Melayu Islam.

Susualan tularnya isu ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan akan bertindak kepada umat Islam yang terlibat dengan kumpulan itu.

Video dari page Atheist Republic

“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Atheist Republic mempunyai lebih dari satu juta pengikut dan penyokong di media sosial, dengan beratus-ratus “konsulat” di seluruh dunia termasuk di negara jiran Indonesia dan Filipina.

Sumber: SK

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.