Diugut Rogol, Pancung, Simbah Asid, Siti Kasim Lapor Polis

Diugut Rogol, Pancung, Simbah Asid, Siti Kasim Lapor Polis

Peguam dan Aktivis Siti Zabedah Kasim membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai untuk memancung kepalanya.

Diugut Rogol, Pancung, Simbah Asid, Siti Kasim Lapor Polis
Diugut Rogol, Pancung, Simbah Asid, Siti Kasim Lapor Polis

Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim merupakan aktivis kumpulan LGBT ( Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) 'Seksualiti Merdeka' yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

ARTIKEL MENARIK: Kalau Tuhan Mencipta Manusia, Mesti Ada Yang Cipta Tuhan!!! Saya Merayu...Tolonglah, Kaum Cina, Kaum India...Tolonglah Hasilkan Lebih Ramai Anak

loading...

Ugutan pertama diterimanya pada 3 julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender yang didakwanya disalah petik dari sebuah laman web. Siti Kasim kemudiannya menerima ugutan dari individu yang sama pada 19 julai.

Siti Kasim berkata, ugutan lain yang diterimanya ialah pancung kepala, rogol dan simbah asid ke muka, lapor New Strait Times.

Menurut beliau, ugutan dalam media sosial itu dianggap sebagai perkara serius kerana ada pengguna lain yang turut menyahut cabaran malah mereka telah bertukar nombor Whatsapp untuk berbincang dengan lebih lanjut.

"Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp, orang lain pula menyatakan supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain," katanya.

Siti Kasim menyatakan bahawa ini merupakan ugutan yang paling serius yang pernah diterimanya yang memaksa beliau membuat laporan polis bagi menjamin keselamatannya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul pagi tadi.

Siti berharap polis akan mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang mengugutnya. Bagaimanapun, Siti Kasim tidak mendedahkan laman web tersebut kerana tidak mahu menganggu siasatan polis.
© copyright 2016 – All rights reserved

BLOGMAZEER.COM

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post