Header Ads

Dah TUA Disuruh Bertaubat Dan Ke Masjid, Ini Jawapan Balas Norlia Ghani

loading...

PELBAGAI kutukan diterima pelakon Norlia Ghani selepas dia berkongsi rasa sedih tidak mendapat tawaran sejak Ramadan lalu sehingga ada yang menyuruhnya bertaubat.

Dah TUA Disuruh Bertaubat Dan Ke Masjid, Ini Jawapan Balas Norlia Ghani
Dah TUA Disuruh Bertaubat Dan Ke Masjid, Ini Jawapan Balas Norlia Ghani

Netizen turut mengutuk pada usia 69 tahun ini, Norlia seharusnya mendekatkan diri kepada Allah berbanding sibuk memikirkan hal dunia iaitu terus menjadi pelakon.

ARTIKEL MENARIK: 5 Gambar Wajah TERLAJAK JELITA Ibu EMMA MAEMBONG Krtika Zaman Mudanya.. MEMANG MERECIK HABIS!!

loading...




Rentetan luahan itu menjadi viral, Norlia akhirnya tidak malu untuk membuka cerita kenapa dia perlu berlakon pada usianya sekarang.

Sebak sebenarnya mendengar luahan hati ibu tunggal ini yang masih perlu bekerja mencari rezeki berbanding ibu-ibu lain seusianya.

“Biarlah apa orang nak kata… sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya.

“Yalah… kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit,” ujar Norlia membuka bicara kepada mStar Online.



Saat ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Persatuan Karyawan Malaysia pada Isnin itu Norlia dengan nada merendah diri berkata, kalau dia tidak berlakon, macam mana dia hendak menyara hidup?

Ujarnya, makan minum, bil air, elektrik semuanya perlu dibayar. Sewa rumah juga hendaklah dijelaskan tiap-tiap bulan.

Sebab itulah pada usia sekarang dia masih perlu bekerja untuk menampung kehidupannya.

“Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat.

“Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?” tambahnya yang kini tinggal bersama seorang anak lelaki yang tidak mampu bekerja kerana sakit.

Menurut Norlia lagi, seorang lagi anaknya iaitu pelakon Rusdi Ramli tidak melepaskan tanggungjawab membantunya namun dia tidak mengharapkan aktor itu yang mempunyai tanggungjawab lain iaitu keluarganya sendiri.



Jelas Norlia yang gemar membahasakan dirinya Mama, dia dibayar sebanyak RM6,000 untuk berlakon watak utama dalam sesebuah telefilem.

Biasanya seseoang itu dibayar antara RM10,000 hingga RM12,000 namum dia terpaksa akur dengan jumlah ditawarkan kerana dia bukan pelakon muda.

“Kalau orang muda tu, produser sanggup bayar puluh ribu untuk watak utama. Kalau veteran macam Mama ni, dia orang bayar RM6,000. Jumlah tu memang sikit tapi apa nak buat, kalau tak ambil, macam mana nak makan?” soalnya.



Kata Norlia, ada juga sesetengah pelakon veteran sanggup menerima bayaran walaupun dibayar RM2,000 atau RM3,000 saja demi mencari sesuap nasi.

Ujarnya, menjadi pelakon tidak seindah seperti yang dilihat di televisyen sebaliknya kehidupan mereka sengsara terutamanya ketika usia semakin lanjut.

Jika hendak berniaga pula kata Norlia seperti yang dicadangkan oleh netizen, itu semua memerlukan modal dan kebolehan.

Wang yang diperoleh hasil berlakon tidak sempat untuk dijadikan modal kerana ia perlu bagi kegunaan harian. Selain itu belum tentu mereka akan menerima tawaran lain pada bulan-bulan berikutnya.

Saranan netizen yang menasihatinya ke masjid pula kata Norlia, dia bukan tidak ingat Tuhan sebaliknya sentiasa bersyukur dengan kehidupannya hari ini.

“Alhamdulillah… pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahklan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari,” katanya.

Sumber: Mstar

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.