'Bukan Presiden Buang Muhyiddin Dari UMNO Tapi Allah Yang Buang.'

'Bukan Presiden Buang Muhyiddin Dari UMNO Tapi Allah Yang Buang.'

'Bukan Presiden Buang Muhyiddin Dari UMNO Tapi Allah Yang Buang.'

'Bukan Presiden Buang Muhyiddin Dari UMNO Tapi Allah Yang Buang.'
'Bukan Presiden Buang Muhyiddin Dari UMNO Tapi Allah Yang Buang.'

Ketiadaan kelibat negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perhimpunan agung kali ini nampaknya tidak memberi kesan kepada para perwakilan dan pemerhati.

ARTIKEL MENARIK: Isteri Malaysian Official 1 Di Minta Pulangkan Barang Kemas RM128j Dari Dana 1MDB

loading...

Malah, ada yang berpendapat kejadian yang berlaku terhadap dua individu itu merupakan kehendak Allah.

Bagi Ahmad Shibee Shahrudin, 67, yang telah menjadi anggota Umno sejak 1989 berkata, segala yang terjadi ketika ini adalah ketentuan Allah dan bukan kehendak Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka (Muhyiddin dan Mahathir) kena ingat, apa yang jadi sekarang Allah yang mempunyai kuasa. Seperti Muhyiddin, sebenarnya bukan presiden yang membuangnya (dari parti), Allah yang membuangnya.

Presiden tak ada kuasa. Allah yang menentukan manusia ini. Kita kenalah ikhlas berjuang untuk kepentingan peribadi. Allah yang aturkan, bukan presiden bukan siapa, Allah yang atur,” katanya kepada Malaysiakini.

Perhimpunan Agung Umno ke-70 tahun ini merupakan perhimpunan agung pertama tanpa Muhyiddin, bekas naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari Umno manakala Shafie pula meninggalkan parti berkenaan.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama buat Mahathir yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun kerana negarawan itu pernah keluar Umno pada 19 Mei 2008. - Malaysiakini

******

Nota Ana Ghoib: Soal takdir ketentuan Allah yang secara aneh disebut lelaki di atas sekali imbas ada betulnya umpama atau ‘lantaran’ itu tetapi bukan BENAR maka eloklah dirujuk hadis mengenai takdir di mana hadis mengambil contoh unta yang berkudis bercampur gaul dengan unta sihat lalu kesemuanya terkena kudis.

Kemudian Rasulullah mengatakan itulah TAKDIR lalu baginda menyoal kembali siapakah yang menyebabkan unta pertama berkudis?

Kalau hal Umno ini amsalannya siapakah yang menyebabkan ianya berkudis dan menular menjadi tindakan pecat, tukar, tangkap, penjara, sembunyi, sorok, gaduh dan sebagainya bukankah kerana unta berkudis yang pertama?

Itulah yang perlu disiasat bukan mudah meletak kononnya takdir atau proses parti Umno malah lebih buruk meletakkan perbuatan tidak betul, benar malah buruk itu kepada kehendak kuasa Allah melaksanakannya.

Memang benar sesuatu yang diizinkan Allah berlaku itu tetap berlaku tetapi bukan bermaksud Allah suka atau redha mengenainya oleh itu kalau sanggup tunggulah pengadilan akhirat sebagaimana janjiNya bahawa IA tidak disoal tetapi kamulah yang akan disoal.

Soalnya sekarang unta berkudis mana sebenarnya yang patut diasingkan? - Ana Ghoib Syeikh Malaya

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - (Al-Hujuraat 49:1)

Thoha Putrajaya - Munafik Langgar Sumpah Janji [Jawatan] atas Nama Allah

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. - (At-Taubah 9:76-77)

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post