Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya

KASIH ibu membawa ke syurga. Kasih ayah sepanjang masa.

ARTIKEL MENARIK:Sungguh Menjijikkan!!! Cubaan Seorang Janda Untuk 'Menggoda' Suami Rakan Sendiri Gagal...Tabah Betul Hati Lelaki Itu...

loading...

Namun ada seorang anak sanggup dan tergamak memaki ibu kandungnya sendiri hanya kerana wanita tua itu tidak sengaja terpijak kasut si anak.

Biadap! Anak maki ibu dalam MRT, berang paksa bayar ganti rugi kerana terpijak kasutnya
Kejadian yang berlaku pada 10 Julai lalu itu telah menyebabkan si anak terjatuh di landasan MRT Singapura dekat stesen Lakeside.
Tapi kalau nak diikutkan, kalau malu sekalipun tidak sepatutnya dia memaki ibu kandungnya sedemikian.

Menurut portal Dream Co.Id, rakaman video tersebut telah tersebar menerusi laman Everyday SG.
Gadis itu kelihatan memarahi ibunya yang sedang duduk dan menyoal ibunya.

“Waktu saya masuk, mak pijak kasut saya. Tak boleh ke tunggu sekejap pun?”soalnya seperti yang terdapat dalam rakaman tersebut.

Makian gadis tersebut tidak terhenti di situ sahaja.

Pada saat ke-50 video tersebut, gadis itu kelihatan menghulurkan tangannya dan berkata: “Boleh bagi duit sekarang?”

Kerana sayangkan anak, si ibu memberi beberapa keping wang dolar Singapura kepada anak perempuannya.

Berang kerana wang tidak mencukupi, si anak terus meninggikan suara kepada ibunya dan mereka telah berdebat sesama sendiri.

Akhirnya gadis itu menyuruh ibunya turut sama turun di satu stesen untuk ikut membeli kasut baru.
Mungkin kerana masih bengang, gadis itu sekali lagi menjerit kepada ibunya sambil berkata, “Jangan menjerit dekat saya, sekarang semua salah mak OK!”

Ehh siapa yang sepatutnya marah? Mak ke anak? Siapa yang biadap? Sebab mak terpijak kasut pun nak maki sampai macam tu sekali.

Tak takut ke kalau derhaka dengan mak, nanti tidak pasal-pasal boleh kena sumpah jadi batu macam cerita legenda Si Tanggang! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Via: Mynewshub

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post