Header Ads

Apa salah Syazana Amirah?

loading...

“SUNGGUH tidak berhati perut. Mengapa perlu mencederakan, apalah salah anak saya?” itu kata Siti Rafiah Mansor, 48, ibu kepada Syazana Amirah Asshaari, 14, yang retak tengkorak kepala dan patah rahang akibat dibelasah penyamun yang menceroboh rumah mereka di Kampung Masjid, Bangi, Jumaat.

Apa salah Syazana Amirah?
Syazana (bawah, kanan) parah dibelasah oleh penyamun yang menceroboh rumahnya pada Jumaat

Syazana ditemui oleh Siti Rafiah dalam keadaan terbaring di atas katil berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi, ketika baru pulang dari bekerja sebagai pembantu kedai.

ARTIKEL MENARIK: “Anaknya yang baby nangis dah tak keluar suara” – Wanita baru bersalin ditemui meninggal dunia

loading...

Siti Rafiah berkata, sejak petang kejadian sehingga hari ini, dia masih belum pulang ke rumah kerana mahu berada di sisi Syazana termasuk menemani anak bongsunya itu menjalani pembedahan awal pagi tadi.

"Pembedahan dibuat bagi membuang darah beku dekat otak yang dijalankan pada 4 pagi tadi dan selesai sepenuhnya kira-kira 12 tengah hari.

"Setakat ini, dia (Syazana) belum sedar lagi. Tetapi sebelum pembedahan pagi tadi, dia sempat membuka mata untuk beberapa saat.

"Keluarga saya minta supaya jangan terlalu banyak menangis, kalau saya menangis Syazana akan turut menangis," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya supaya sembuh dengan segera.

Kakak sulung mangsa, Nur Atikah, 22, berkata, ada saksi yang ternampak dua lelaki mencurigakan dengan sebuah motosikal di kawasan rumahnya pada hari kejadian.

"Seorang daripadanya memasuki rumah kami, seorang lagi menunggu di atas motosikal berdekatan rumah. Selepas menyamun barang kami, dia keluar dan melarikan diri tanpa memakai topi keledar.

"Tetapi kami serahkan semua siasatan kepada pihak polis. Kami tidak meminta sumbangan wang tunai, kami lebih mahukan doa dari orang ramai agar semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku dan tidak mahu mengesyaki sesiapa yang melakukannya supaya keluarganya boleh menghadapi dugaan itu dengan tenang.

Sementara itu, Ketua Kampung Bangi, Zakaria Bujang berkata, dia menyifatkan kejadian itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan serta percaya ia dilakukan oleh individu yang mengenali mangsa.

"Jarang berlaku kes pecah rumah di kawasan ini, jika ada pun yang kecil-kecil. Sekitar rumah mangsa terdapat beberapa rumah yang lebih mewah, tetapi mengapa rumah mangsa yang tidak seberapa menjadi sasaran.

"Kita percaya ia dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa serta sudah memerhatikan keadaan rumah itu dalam beberapa hari dan mempunyai niat lain selain merompak," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan remaja 14 tahun parah akibat dibelasah penyamun ketika remaja itu bersendirian di rumahnya sementara keluarganya yang lain sedang bekerja. -

Harian Metro


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.