Header Ads

(Video) 2 Lelaki ‘Rakus’ Raba Pengapit Pengantin Viral

loading...

Seorang gadis di China berdepan detik hitam selepas dia diserang secara seksual oleh dua lelaki, yang kononnya tindakan tersebut sebagai ‘prank’ untuk sebuah majlis perkahwinan.

(Video) 2 Lelaki ‘Rakus’ Raba Pengapit Pengantin Viral
(Video) 2 Lelaki ‘Rakus’ Raba Pengapit Pengantin Viral

Video memaparkan pengapit pengantin perempuan itu diserang di tempat duduk belakang dalam sebuah kenderaan tular di media sosial China dan mencetuskan kemarahan netizen, lapor portal Shanghaiist.com.

ARTIKEL MENARIK:Gadis bayar RM4,600 Buat Lelaki Yang Sanggup Hamilkan Dirinya

loading...


Dalam rakaman tersebut, dua lelaki terbabit dirakam menyerang gadis itu dengan bertindak meraba buah dada mangsa.

Video yang tular di laman sosial termasuk Weibo minggu lepas itu juga menunjukkan dua lelaki rakus terbabit kedengaran ketawa ketika meraba payudara mangsa selain cuba menanggalkan seluar gadis berkenaan.

Mangsa dilihat cuba melawan daripada serangan tersebut.

Insiden sedemikian, di mana pengapit pengantin perempuan diserang oleh sekumpulan lelaki kononnya sebagai ‘tradisi’ dalam sesebuah majlis perkahwinan bukan pertama kali berlaku di China.

Susulan penularan video jijik itu, netizen di China menggesa pihak polis menyiasat kejadian itu memandangkan wajah kedua-dua lelaki yang membuat serangan berkenaan mula tersebar di laman-laman web tempatan.

Menurut portal itu lagi, polis mengesahkan telah menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam serangan seksual tersebut.

Polis menjelaskan bahawa insiden tersebut dirakam dalam sebuah kenderaan oleh sebahagian daripada rombongan yang hadir dalam majlis perkahwinan pada 3 Jun lalu.

Salah seorang suspek berusia 21 tahun dikenali dengan nama keluarga Hu, manakala seorang lagi pengapit pengantin lelaki dikenali dengan nama keluarga Chen, berusia 19 tahun.

gropers_arrested.jpg

Mangsa dilaporkan mengenali kedua-dua suspek dan tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat gadis itu mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.

"Hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain (maka), mereka dibenarkan untuk berbuat demikian? Tindakan Itu adalah menjijikkan," tulis seorang pengguna Weibo.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung serangan itu dan suspek boleh dipenjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Pada Mei lalu, seorang pengapit pengantin perempuan direbahkan sekumpulan lelaki sebelum mangsa diraba beramai-ramai dalam kejadian di Guangzhou.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.