Teman Wanita Lapor Kehilangan Kekasih Yang Hilang, Akhirnya Polis Temui Kekasih Dibunuh Dan Dikerat

Kejam sungguh kejam! Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan mayatnya dikerat sebelum dimasukkan ke dalam tiga karung guni plastik di Sungai Petani.

ARTIKEL MENARIK:Konstabel Rogol Muslimah Sedang Puasa Hingga Pengsan Diberikan Layanan VIP Oleh Polis

loading...

Mangsa yang bekerja sebagai buruk kontrak pembinaan ditemui dalam sebuah rumah berkembar satu tingkat di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani kira-kira 1 pagi.

Pihak polis menerima satu laporan dari seorang wanita India Muslim yang meminta pihak polis mengesan teman lelakinya yang disyaki hilang sejak Jumaat lalu di rumah tersebut.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, teman wanita mangsa cuba bertemu dengan teman lelakinya itu dirumah sewanya namun dihalang oleh dua rakan mangsa yang juga warganegara Bangladesh.

“Teman wanita mangsa mempunyai akses ke rumah itu berbekalkan kunci yang pernah diberikan oleh mangsa. Dia kemudian bersama anggota polis masuk ke rumah berkenaan dan apabila dibuka, didapati kedua-dua teman serumah mangsa sudah tiada.

“Namun, terdapat bau busuk memenuhi segenap ruang berkenaan dan pemeriksaan lanjut di dapur rumah itu mendapati terdapat kesan air kehitaman yang mengalir di bahagian bawah di belakang kabinet dapur berkenaan” katanya lagi.

Polis kemudian memeriksa tiga bungkusan guni plastik yang disumbat di bawah ruang kabinet dapur berkenaan dan mendapati terdapat bahagian badan manusia yang dipotong menggunakan senjata tajam.

Mangsa disyaki telah dibunuh dan dikerat di dapur yang sama sejak empat hari yang lalu pada 10 Jun. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Pihak polis kini sedang memburu dua rakan serumah mangsa yang telah menghilangkan diri untuk membantu siasatan dan motif pembunuhan masih belum diketahui. Mangsa dan dua rakan serumahnya itu telah tinggal di rumah berkenaan sejak lima bulan yang lalu.

- www.kakishare.my
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post