Breaking News

Sepasang Remaja Dipenjara Kantoi Gugurkan Janin Menggunakan Batang Ubi

loading...

Zaman sekarang ini masyarakat terdedah dengan kehidupan yang bersosial, golongan remaja bergaul dengan bebas sekali tanpa dapat dihalang oleh ibu bapa.

Sepasang Remaja Dipenjara Kantoi Gugurkan Janin Menggunakan Batang Ubi
Sepasang Remaja Dipenjara Kantoi Gugurkan Janin Menggunakan Batang Ubi

Banyak kes yang dapat kita lihat atau dengar di media-media sosial mengenai pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan sehingga ada yang terlanjur sehingga ke bilik tidur.

ARTIKEL MENARIK:14 Budak Sekolah Ditangkap Polis, Main Kahwin² Sampai Buat Acara JIMAK Bagaikan Suami Isteri Sebenar !

loading...

Apabila dah terlanjur itu banyak pula kes membabitkan pembuangan bayi di merata-rata tempat dan semakin lama semakin membimbangkan dengan populasi yang semakin meningkat.

Tidak kurang juga banyak pasangan yang terlanjur sekarang ini yang lebih memilih pendekatan menggugurkan kandungan secara haram tanpa mengambil kira risiko yang mereka harus ambil.

Itulah yang berlaku kepada sepasang remaja yang telah terlanjur dan setelah mengetahui bahawa dirinya telah hamil maka dia telah berjumpa dengan seorang bomoh yang tidak memiliki kebenaran menggugurkan kandungan semata-mata dengan niat untuk menggugurkan kandungannya itu agar tdak perlu menanggung malu.

Namun begitu nasib remaja tersebut diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, itulah kata yang sesuai untuk gadis Yunita Ayu 19 tahun yang telah menusuk kemaluannya sendiri menggunakan batang ubi, namun malangnya belum lagi habis rasa sakit yang dirasainya , dia telah dimasukkan ke dalam penjara.

Dimaklumkan Yunita dan kekasih cuba menggugurkan kandungan melalui kaedah klinik bersama kekasihnya namun oleh kerana usaha itu gagal Yunita dan kekasihnya itu mencuba menggugurkan kandungan dengan berjumpa bomoh.

Mahkamah pengadilan negeri Salatiga Indonesia membuktikan kedua pasangan itu bersalah kerana sanggup menggugurkan kandungan dengan cara yang cukup mengerikan dan lebih teruk lagi apabila janin tersebut di buang di tepi jalan begitu sahaja.

Akibat dari kejadian itu kedua pasangan berkenaan di jatuhi hukuman penjara 1 tahun 7 bulan.

Sementara bomoh wanita yang dikenali sebagai Mutiah di hukum lebih berat berbanding pasangan berkenaan kerana bomoh itu yang bertanggung jawab menusukkan batang ubi ke dalam kemaluan Yunita dengan cara di sodok kemudian diputar untuk menggugurkan kandungan.

Selepas janinnya keluar, bomoh wanita itu juga yang mencadangkan untuk membuang janin tersebut untuk meghilangkan jejak dan akibat dari perbuatannya itu Mutiah dihukum penjara selama 2 tahun 5 bulan mengikut Akta 77A perlindungan anak.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments