Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor

Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor

Sebelum ini, semua orang tahu tindakan Jamal Yunos yang kerap kali menyerang kerajaan Negeri Selangor dengan perbagai tuduh dan cara yang kononnya menunjukkan dia adalah HERO dalam Selangor.

Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor
Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor

Tapi ramai yang terlupa bahawa tindakan Jamal menyerang Kerajaan Negeri Selangor bermotifkan Politik Jahatnya untuk megejar sesuatu.

ARTIKEL MENARIK: Video: Macam Mana 28,000 Nama Pengundi Tercicir

loading...

Semalam tersebarnya berita yang Jamal gilakan kuasa dan ingin menjadi MB di Selangor, menurut laporan milosuam.net, perbualan WhatsApp Group antara Jamal bersama-sama dengan gang baju merah tersebar di laman sosial facebook.

Dalam Group WhatsApp yang bernama Gerakan Merah itu, Jamal menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor, jika Dato' Seri Azmin Ali, MB Selangor sekarang kalah dengan gerakan mereka.

Jamal dalam perbualan itu turut meluahkan hasratnya untuk bertanding di kerusi DUN Sekinchan, dan berjanji akan melantik Dato Ismail Kijo, sebagai Exco kanannya.

"Saya juga tawarkan diri untuk kerusi MB. Sebab Dato' Noh (Noh Omar Udang) dah jadi menteri. Dato' Ismail Kijo adalah Exco kanan saya, itu janji saya," tulis Jamal yang menggunakan nombor WhatsApp +6012904 8455.

Dalam perbualan itu, Dato' Ismail Kijo mengucapkan terima kasih kepada Jamal atas kepercayaan yang diberikan padanya. Malah beliau turut menyatakan kesetiaannya kepada Jamal.

"Terima kasih DSJY (Dato' Seri Jamal Yunos) atas kepercayaan yang diberi pada saya, DSJY yang terbaik, sebab itu saya setia mengikut pemimpin yang bijak memimpin," tulis Ismail Kijo yang menggunakan nombor WhatsApp +60193175155.

Berikut printscreen perbualan yang dimaksudkan itu.





Bagi mengesahkan bahawa nombor telefon tersebut memang benar-benar milik Jamal, pihak media telah membuat sedikit siasatan nombor berkenaan.

Hasilnya, pihak media dapati pemilik nombor telefon +6012904 8455 ada meletakkan gambar Jamal berbaju biru dengan logo BN.



Dalam erti kata lain memang sahlah itu nombor Jamal. Jika orang lain tentu sekali tak ingin nak letak gambar Jamalsebagai DP (Display Picture) WhatsApp.

Patutlah Jamal ini beriya-iya benar menyerang Menteri Besar Selangor tak habis-habis, rupa-rupanya dia tengah berangan nak jadi MB Selangor.

Jika anda rakyat Selangor, dan mahu Jamal jadi Menteri Besar Selangor yang baru, jangan lupa undi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Sumber: milosuam.net
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post