Breaking News

Kerajaan bakal agihkan dekoder MYTV percuma kepada 2.2 juta penerima BR1M

loading...

KERAJAAN bakal mengagihkan dekoder MYTV yang bercirikan televisyen terestrial digital (DTT) atau dikenali sebagai myFreeview kepada 2.2 juta isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara.

Kerajaan bakal agihkan dekoder MYTV percuma kepada 2.2 juta penerima BR1M
Kerajaan bakal agihkan dekoder MYTV percuma kepada 2.2 juta penerima BR1M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pemberian secara berperingkat itu akan diagihkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

ARTIKEL MENARIK:Perbualan WhatsApp Dedah Jamal Mahu Jadi Menteri Besar Selangor

loading...

“Ia adalah penambahan daripada dua juta dekoder yang diberikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd sekali gus menjadikan 4.2 juta isi rumah mendapat dekoder,” katanya ketika berucap melancarkan Penyiaran Digital MyFreeview di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Ser Dr Halim Shafie.

myFreeView diwujudkan hasil pemindahan sistem analog ke siaran digital sepenuhnya yang memberi peluang kepada penonton menikmati resolusi gambar lebih baik dan jelas.

Pertukaran kepada TV digital itu adalah perubahan terbesar dalam sejarah penyiaran sejak televisyen berwarna diperkenalkan 39 tahun lalu dan ia juga selari dengan perkembangan global beralih kepada sistem analog dan era digital.



Sumber: Harian Metro
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments