(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

Tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan samun bersenjata di Johor ditembak mati polis di persimpangan lampu isyarat Parit Bunga, Tangkak, 9.50 pagi hari ini.

(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati
(8 Gambar) Tiga Penjenayah Terlibat Kes Samun Bersenjata Ditembak Mati

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan samun dengan mensasarkan mangsa yang mengeluarkan duit dari bank.

ARTIKEL MENARIK:Suspek Cabul Yang Maut Dibelasah Tidak Bersalah, Hanya Tersalah Masuk Tandas- Saksi

loading...


Beliau berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha mempertahankan diri selepas cubaan menghentikan BMW dinaiki suspek gagal malah dibalas dengan tembakan rambang.

"Kita mendapat maklumat daripada orang ramai memaklumkan sebuah kereta bergerak dalam keadaan mencurigakan dan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan kenderaan terbabit.

"Polis mengarahkan kereta itu berhenti tetapi tiba-tiba terdengar tembakan dan kita membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

"Tiga lelaki yang tidak mempunyai identiti diri mati dalam kereta itu dan kita masih menyiasat latar belakang suspek," katanya ketika ditemui pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis percaya suspek adalah serpihan geng samun yang dibanteras di Kelantan baru-baru ini.

"Tahniah kepada pasukan cegah jenayah polis dan saya percaya saki-baki kumpulan ini akan dibanteras," katanya.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk Revolver, pistol buatan sendiri menggunakan peluru penabur dan parang dalam kereta suspek.

"Polis percaya dapat selesaikan 10 kes samun dengan jumlah kerugian RM700,000 di sekitar Johor," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai berhati-hati jika mengeluarkan sejumlah wang besar dari bank.

"Cuba kurangkan jumlah wang yang hendak dikeluarkan atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan samun di Johor Bahru minggu lalu dan mereka sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.


tembak1.jpg

tembak3.jpg

tembak4.jpg

tembak5.jpg

tembak6.jpg

tembak7.jpg

tembak8.jpg
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post