Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Beracun Rosakkan Sistem Saraf

Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Beracun Rosakkan Sistem Saraf

Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan tujuh produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Beracun Rosakkan Sistem Saraf
Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Beracun Rosakkan Sistem Saraf

Produk itu ialah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

ARTIKEL MENARIK:AWAS IBU BAPA!!! Dadah Ecstasy Jenis Ini Dah Tersebar Merata Tempat! TOLONG Ambil Perhatian Supaya Anak Anda Tidak Terjebak Menjadi Taik Dadah Ni!!!!

loading...

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual.

Katanya, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.

Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Katanya, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata, mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Katanya, bayi dan kanak-kanak kecil terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

“Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Beliau memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk kosmetik untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Katanya, penjual diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dr Noor berkata, orang awam yang menggunakan produk kosmetik ini dinasihati untuk segera menghentikannya dan mendapatkan nasihat kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau hubungi talian 03-78835400.

Pengguna dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). — Bernama

WJ

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post