Tiket Hari Raya KTMB Mula Dijual Isnin Ini

Tiket Hari Raya KTMB Mula Dijual Isnin Ini

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula menjual tiket untuk Hari Raya Aidilfitri mulai Isnin ini pukul 10 pagi.

Tiket Hari Raya KTMB Mula Dijual Isnin Ini
Tiket Hari Raya KTMB Mula Dijual Isnin Ini

Pengurus Kanan Operasi dan Pembangunan KTMB, Saimi Abdullah berkata sebanyak 174,720 keping turut tiket disediakan untuk 40 Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

ARTIKEL MENARIK:TOYOL Boleh Mencuri Dengan Gilang Gemilang Tapi Kenapa Toyol Tak Pernah Mencuri Duit di ATM? INI SEBABNYA DAN DOA BERLINDUNG DARINYA!!!

loading...

Beliau berkata ia membabitkan penjualan 87,360 tiket sebelum Aidilfitri iaitu bagi perjalanan antara 18 hingga 24 Jun sementara 87,360 tiket lagi bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai iaitu selepas Aidilfitri.

Sementara itu katanya, sebanyak 30,240 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan Intercity yang melibatkan Ekspress Rakyat Timuran dan Ekspress Southern bagi tempoh perjalanan 18 Jun hingga 3 Julai.

“Pihak kami juga akan menambah jumlah tiket dan koc sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Ihya Ramadan KTM Berhad 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Jabatan Modal Insan, Hilmi Hasan dan Pengurus Besar Komuter, Khair Johari Ishak.

Sementara itu Hilmi berkata KTMB akan mengedar 1,000 pek buah kurma dan 500 pek berbuka puasa kepada para penumpangnya setiap Jumaat.

“Sempena bulan Ramadan, KTMB turut mensajikan beberapa sajian istimewa bagi penumpang yang berbuka puasa di dalam tren ETS seperti nasi kandar ayam goreng berempah, nasi kurma ayam dan nasi goreng sate,” katanya. – BERNAMA

http://bulletinmedia.blogspot.my



Sumber : Siakapkeli

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post