Satu kontroveri panas telah melanda pelakon Aqasha dan isterinya bernama Baizura dan juga Rita Rudaini sekitar Mac yang lalu.
Setelah Lama Diam Diri, Akhirnya Aqasha Beri Respon Isu Rumah Tangga & Hubungan Dengan Rita Rudaini |
Baizura telah meluahkan rasa hatinya dan cemburu setelah mengatakan ada pelakon yang telah bermesej-mesej dengan suaminya.
ARTIKEL MENARIK:“Salahkah Saya Bermesra Dengan Aqasha?” – Rita Rudaini
loading...
Isteri Aqasha ada memuatnaik perbualan antara pelakon itu dengan Aqasha.
Kemudian abang ipar Aqasha ada memetik nama Rita Rudaini yang dikaitkan dengan masalah rumah tangga Aqasha dan Baizura.
Selepas hampir 2 bulan berdiam diri, akhirnya Aqasha tampil membuka mulut tentang rumah tangganya.
Aqasha mengesahkan hubungan dia dengan isteri, Baizura Sabri masih berada dalam keadaan baik.
Pada masa yang sama, Aqasha akui screen shot perbualan itu ada betul, namun orang ramai tidak faham situasi sebenar.
Ini komennya:
HUBUNGAN DENGAN ISTERI
"Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu.
"Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan.
"Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui,"
TENTANG SCREEN SHOT PERBUALAN RITA
"Jika dia (Baizura) muat naik paparan skrin (Printscreen) sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku.
"Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun,"
GANDING DENGAN RITA MASA DEPAN
"Saya seorang yang profesional dan tidak menolak jika digandingkan dengan dia (Rita Rudaini) pada masa akan datang,"
Aqasha dan Rita Rudaini memang selalu berganding bersama.
Yang terbaru mereka berdua akan digandingkan dalam drama Mi Laksa & Laksam di TV3.
Sumber : Siakapkeli
Post a Comment