Padah Kerana Terlalu Mengikutkan Nafsu, Seorang Lelaki Warga Asing Maut Ditetak

Padah Kerana Terlalu Mengikutkan Nafsu, Seorang Lelaki Warga Asing Maut Ditetak

Padah kerana terlalu mengikutkan nafsu, seorang lelaki warga asing maut ditetak rakan sekerja selepas dipercayai cuba mencabul anak saudara suspek di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat Tawau, Jumaat lalu.

Lelaki Warga Asing Maut Ditetak Kerana Cuba Mencabul Remaja Wanita
Lelaki Warga Asing Maut Ditetak Kerana Cuba Mencabul Remaja Wanita

Mengikut laporan dari Metro, kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa merupakan warganegara Indonesia, Yakobus Bala, yang bekerja sebagai buruh ladang meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat kecederaan selepas ditetak dengan parang berukuran 30 sentimeter (sm).


ARTIKEL MENARIK: Kerana Dendam Wanita Dibunuh Dengan Kejam Dan Mayat Dikerat Dua

loading...

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati ketika anak saudara perempun suspek berusia 17 tahun sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan, dia didatangi mangsa, 38 tahun, dari arah belakang yang menyerkup kepala mangsa mengguna guni dan memeluk perempuan terbabit.

“Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah lelaki itu yang dikenalinya sebagai ‘Bala’ sebelum menjerit meminta pertolongan daripada bapa saudaranya (suspek).

“Suspek yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian kemudian mengejar mangsa yang melarikan diri ke kawasan ladang Menggaris. Suspek berjaya menangkap mangsa laku berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga warga Indonesia kemudian menetak kaki mangsa dengan parang menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau dan disahkan meninggal dunia manakala suspek ditahan pengawal keselamatan di ladang berkenaan sebelum ditahan semula anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Suspek berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai buruh ladang di kawasan itu direman sehingga Jumaat ini,” katanya.

Tambah Fadil kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Harian Metro

Screenshot%2B%252829%2529.png
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post