Breaking News

Isteri Dakwa Di Culik, Kantoi Dengan Lelaki Nepal,

loading...

Polis berjaya menahan seorang wanita yang menipu suaminya mendakwa dia diculik oleh lelaki nepal, selepas di siasat leleki nepal itu adalah kekasihnya.

Isteri Dakwa Di Culik, Kantoi Dengan Lelaki Nepal,
Isteri Dakwa Di Culik, Kantoi Dengan Lelaki Nepal,

Menurut Laporan Harian Metro, helah seorang isteri berusia 30 tahun yang mendakwa menjadi mangsa culik terbongkar selepas polis menemuinya bersama teman lelaki di Johor Bahru, Isnin lalu.

ARTIKEL MENARIK:Polis Siasat Video Anggota Trafik Terima Rasuah

loading...

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suami wanita itu membuat laporan selepas dia menerima panggilan telefon daripada lelaki Nepal yang menyatakan mangsa bersamanya pada 3 petang, 18 Mei lalu.

Beliau berkata, lelaki berkenaan meminta suami wanita itu yang berusia 39 tahun membayar RM15,000 sebagai syarat untuk melepaskan isterinya.

"Suami mangsa juga mendengar jeritan isterinya meminta tolong dan tidak lama kemudian, talian telefon dimatikan.

"Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya menjumpai wanita itu bersama teman lelakinya iaitu warga Nepal terbabit di Johor Bahru dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa juga tidak diculik atau dikurung," katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu mengenali teman lelakinya sejak lapan bulan lalu.

“Dia dikatakan melarikan diri dari suaminya kerana takut dipukul berikutan terdapat gambar dia dan teman lelaki sedang tidur yang dirakam orang lain,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu turut mengakui berlakon mengatakan diculik malah menghubungi sendiri suaminya.

Menurutnya, lelaki Nepal itu ditangkap kerana tiada dokumen sah dan ditahan reman di Lokap Berpusat Ayer Molek Johor Bahru manakala wanita itu dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu.-Harian Metro

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments