Breaking News

Inilah Keadaan Terkini Asheed (Def Gab C) Yang Ramai Tak Tahu

loading...

Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an.

Inilah Keadaan Terkini Asheed (Def Gab C) Yang Ramai Tak Tahu
Inilah Keadaan Terkini Asheed (Def Gab C) Yang Ramai Tak Tahu

JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an.

ARTIKEL MENARIK: Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 Sudah Berakhir, Bocey Juara Sekali Lagi

loading...

Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman.

Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat.

Vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed melahirkan perasaan teruja untuk bergelar bapa semula selepas tujuh tahun tidak menimang cahaya mata.

Asheed atau nama sebenarnya Mohd Ashid Ahmad, 39, berkata, “Saya menduda selama tiga tahun setengah jadi apabila isteri baharu hamil lima bulan, perasaan seronok itu susah nak gambarkan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Asheed bernikah dengan Hafiza yang merupakan seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun setengah menduda.

Sebelum ini, Asheed pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Noor Shima dan bercerai pada 11 Jun 2009.

2.png

Mereka dikurniakan anak lelaki Megat Al-Dhamin Sufi yang kini berusia tujuh tahun. Asheed berkata, dia kini lebih bersiap sedia menjelang kelahiran bayi itu pada Mei depan berbekalkan pengalaman lalu.

"Kali ini saya semakin berpengalaman dan buat persiapan yang lebih baik untuk bergelar bapa semula," katanya.

Beralih pada kerjaya, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sakti itu berkata, dia mahu bergiat aktif semula dalam nyanyian selepas tujuh tahun berehat.




3.png

4.png

Katanya, 2013 menyaksikan permulaan yang baik apabila dapat mengeluarkan album khas berjudul Projek 3D (3 Duda: Dadidu) yang sudah dirancang sejak tiga tahun lalu bersama penyanyi Radhi (OAG) dan CD Naz (Silkhanaz).

"Sebelum ini, saya cuba menceburi bidang perniagaan tetapi jiwa dan keinginan untuk menyanyi tidak pernah hilang.

"Saya cuba membuat album bersama kumpulan baharu pada Julai 2012 tetapi kurang menjadi. Saya berharap penampilan saya kali ini dapat diterima peminat,” katanya.

5.png

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments