Header Ads

Hampir 60% Warga Kota Terbeban Dengan Kos Sara Hdup Yang Meningkat

loading...

Sekitar 59.7 peratus penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Hampir 60% Warga Kota Terbeban Dengan Kos Sara Hdup Yang Meningkat
Hampir 60% Warga Kota Terbeban Dengan Kos Sara Hdup Yang Meningkat

Memetik laporan yang disediakan oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, 52.6 peratus lagi warga kota juga terbeban yang hutang yang menimbun.

ARTIKEL MENARIK:Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei)

loading...
"Daripada dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa majoriti isi rumah miskin bandar menyatakan bahawa mereka terkesan dengan beban hutang yang ditanggung dan peningkatan kos sara hidup membebankan mereka.

"Majoriti responden bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai simpanan untuk persaraan manakala tiga bentuk pinjaman utama ialah sewa beli kenderaan, perumahan dan pinjaman peribadi," kata laporan itu.

Laporan tersebut disiarkan dalam makalah Ringgit edisi April 2017 yang diterbitkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia.

Kajian berkenaan melibatkan seramai 1,009 isi rumah miskin bandar dan pemilihan responden kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan sistematik yang melibatkan 5 buah kawasan perumahan awam dan rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, menurut laporan itu lagi, sebanyak 45 peratus responden sahaja yang mempunyai rumah dengan lebih satu perdua menyatakan bahawa pendapatan yang diterima hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas sahaja.

Katanya, sebilangan besar responden juga didapati mempunyai nilai aset yang kurang berbanding dengan jumlah hutang.

"Majoriti responden mempunyai pelbagai bentuk masalah kewangan, seperti lewat membayar bil, berada dalam keadaan murung disebabkan masalah kewangan dan tidak mempunyai perlindungan risiko.

"Sebahagian besar juga tidak mempunyai tunai sekiranya berlaku kecemasan, terpaksa berhutang sebelum mendapat gaji, pinjam wang daripada ceti atau ah long serta pernah diisytiharkan muflis," tambahnya.

Mengenai strategi menghadapi kenaikan kos sara hidup, katanya, empat cara utama yang dinyatakan responden adalah menyediakan bajet, bekerja lebih masa, membeli barang mengikut keperluan dan berjimat cermat.

Responden, ujarnya turut ditanya tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan dalam membantu rakyat menangani isu kenaikan kos sara hidup.

"Majoriti responden berpandangan bahawa kerajaan perlu menyediakan bantuan kepada rakyat, mengawal dan memantau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, meneruskan dan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan.

"Usaha yang bersepadu dan menyeluruh daripada semua pihak termasuk pengguna, pengeluar, pemasar, peniaga, penguatkuasa dan penggubal polisi perlu digembleng dalam usaha membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," jelasnya. - Malaysiakini
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.