Go Shop Tarik Semula Produk Periuk Yang Meletup Semasa LIVE

Go Shop Tarik Semula Produk Periuk Yang Meletup Semasa LIVE

Selepas insiden viral periuk meletup semasa live di page kakishare dengan jumlah share lebih dari 2k, Go shop tampil buat pengakuan .

Go Shop Tarik Semula Produk Periuk Yang Meletup Semasa LIVE
Go Shop Tarik Semula Produk Periuk Yang Meletup Semasa LIVE

Go Shop ingin meminta maaf di atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung kami pada hari Sabtu lalu. Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock.

ARTIKEL MENARIK:Periuk Meletup Ketika Live Jual Barang, Netizen Kutuk Program Jual Barang Cap Ayam

loading...

Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal” untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini. Walaupun kami telah difahamkan bahawa insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk, kami sedang bekerjasama dengan pihak “Principal” untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi.




Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih kami untuk sementara waktu. Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi.

Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di [email protected] atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.

Jadi buat pelanggan yang telah melakukan pesanan atau telah membeli , bolehlah berhubung kembali dengan pihak Goshop untuk tindakan selanjutnya . www.kakishare.my
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post