Ezlynn Masih Dirawat Di Hospital

Ezlynn Masih Dirawat Di Hospital

Penyanyi terkenal, Ezlynn, 36, enggan dikaitkan dengan apa sahaja kisah peribadinya kerana dia memerlukan masa dan ruang untuk kembali pulih daripada kesakitan.

Ezlynn Masih Dirawat Di Hospital
Ezlynn Masih Dirawat Di Hospital

Pada masa ini, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin sedang dirawat di sebuah hospital swasta di di sini sejak pagi semalam kerana demam.

ARTIKEL MENARIK:Hidup Dalam Penjara Bukan Macam Yang Diduga Aidil Aziz

loading...

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Hi, Hi Bye Bye itu, selepas menjalani pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan dia dijangkiti demam virus dan rentetan daripada itu segala penyakit yang dialaminya sebelum ini juga kembali muncul.

“Sehari sebelum itu, badan saya rasa lemah dan demam. Memandangkan saya alah dengan ubat penahan sakit, jadi saya tak berani ambil. Bila sudah tak terdaya, saya minta kakak hantarkan saya ke hospital.

“Di hospital, doktor buat pemeriksaan dan mendapati saya dijangkiti demam virus dan pada waktu yang sama asma saya datang balik. Sejak pagi semalam, sudah lima botol air dimasukkan ke dalam badan saya.

Tak pasti pula bila boleh keluar,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Tambah Ezlynn, badannya menjadi lemah mungkin kerana tidak mendapat rehat yang cukup kerana seminggu sebelum itu dia dan rakan-rakan telah mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.

“Tiga daripada rakan yang pergi ke Lombok sebelum ini sudah demam dan mungkin ini waktu saya pula. Bila sudah masuk wad ni, pelbagai penyakit pula dikesan.

Ditambah pula dengan cerita yang saya tak jangka ini, jadi selain badan lemah, fikirannya tertekan.

“Setakat ini saya tidak akan memberi sebarang komen tentang perkara itu. Apa-apa tanya pengurus saya, Poji Samad.

Saya tak mahu bercerita tentang peribadi kerana itu bukan perkara yang elok untuk diuar-uarkan,” katanya dengan nada sedih.

Sebelum ini sebuah portal hiburan melaporkan ada pasangan yang ditangkap khalwat dan lelaki yang ditangkap khalwat itu berstatus suami kepada seorang penyanyi.

Ezlynn dan Adam Fahmy Shamsudin mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata. – Utusan


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post