Dakwa Quran Tidak Suruh Sembunyikan Rambut Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi

Dakwa Quran Tidak Suruh Sembunyikan Rambut Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi

Menurut wanita itu, Maryam Lee, seorang aktivis feminisme, orang Melayu beragama Islam sepatutnya menumpukan kepada diri mereka sendiri sebelum bertindak sebagai polis moral terhadap ibadat yang dilakukan oleh orang lain.

Dakwa Quran Tidak Suruh Sembunyikan Rambut Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi
Dakwa Quran Tidak Suruh Sembunyikan Rambut Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi

Terbaru, Maryam yang sudah membuka tudungnya mengkritik ibu bapa yang melatih anak memakai tudung seawal dua tahun, memberitahu yang perbuatan seperti itu melukakan hatinya.

ARTIKEL MENARIK:Gadis Tak Tahan Teman Lelaki Terlalu Kacak, Nekad RogoI Hingga Kemaluan Lelaki 'BERDARAH'


loading...

Maryam mendakwa dipaksa memakai tudung oleh keluarganya sejak kecil dan diugut dengan kekerasan fizikal supaya mengenakan tudung, yang membuatkan hidupnya tidak bahagia.

Tragedi dalam kehidupan Maryam ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung pada usia 25 tahun dan menjadi dirinya sendiri.

Maryam%2BLee%2B2.png

Maryam%2BLee%2B3.png

Bukan itu saja, Maryam telah menimbulkan perdebatan di Twitter apabila mendakwa dalam Al-Quran tidak pernah dinyatakan bahawa rambut perlu ditutup, sebaliknya dalam ayat tersebut hanya dinyatakan bahawa kain kerudung kepala perlu dilabuhkan bagi menutup dada.

Maryam%2BLee%2B4.png

Maryam%2BLee%2B5.png

Menurut Mariam, pemakaian tudung dalam masyarakat Islam Malaysia sebenarnya hanya tuntutan adat, bukan tuntutan agama Islam.
Siapakah penulis buku Jilbab yang disebut oleh Maryam Lee?

Maryam%2BLee%2B6.png

Maryam%2BLee%2B7.png

Maryam%2BLee%2B8.png

Maryam juga setakat ini mengelak dari menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya mengenai kenyataan itu secara langsung, sebaliknya hanya menyatakan sumbernya ialah ulama kontemporari Indonesia, Prof. Quraish Shihab yang ditemuinya secara peribadi di negara itu. Dia juga berkata, sejak dua tiga hari lepas, dia mempelajari bahawa perkara terbaik yang patut dilakukannya dalam memberi pendapat tentang agama ialah dengan memberi pendapat menggunakan bahasa Arab.

Jadi, seorang pengguna Twitter telah bertanya kepada bekas Imam Besar Masjid Jeddah, Sheikh Assim bin Luqman al-Hakeem yang kini bertugas sebagai pemberi Khutbah Jumaat di masjid itu mengenai kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Maryam sebagai seorang ulama dan juga sebagai pengguna bahasa Arab sebagai bahasa pertama.

Maryam%2BLee%2B9.png

Dan dia menjawab:

Maryam%2BLee%2B10.png

Seorang pengguna Twitter, @RahmanEllias, memberi penerangan yang penetapan hukum dalam Islam bukan bersandarkan kitab Al-Quran semata-mata, juga kepada Hadith dan Ijma oleh para ulama:

Maryam%2BLee%2B11.png

Maryam%2BLee%2B12.png

Maryam%2BLee%2B13.png

Maryam%2BLee%2B14.png

Maryam%2BLee%2B15.png

Maryam%2BLee%2B16.png

Maryam%2BLee%2B17.png

Maryam%2BLee%2B18.png

Maryam%2BLee%2B19.png

Maryam%2BLee%2B20.png

Maryam%2BLee%2B21.png



Nampaknya Maryam tidak mampu menyatakan hujah-hujah bagi menyokong pendapatnya secara ilmiah, sebaliknya mengkritik masyakarat yang mempersoalkan kenyataannya dengan memberi bayangan melalui tweetnya yang masyarakat Islam Malaysia tidak bersikap terbuka untuk berbincang dan tidak memahami bahasa Arab seperti dirinya.

Namun begitu, setelah ditempelak Sheikh Assim, Maryam masih tidak mampu memberikan sebarang jawapan yang konkrit, hanya merujukkan Netizen kepada Prof Quraish yang mengakui hujah yang digunakannya untuk mengatakan menutup rambut tidak wajib juga lemah tetapi ini gagal dinyatakan oleh Maryam dalam kenyataan asalnya.

Sememangnya agak mengecewakan apabila gadis-gadis Muslim di Amerika Syarikat berusaha mempertahankan untuk memakai tudung di sebuah negara di mana mereka cenderung digelar pengganas, sedangkan ada gadis Malaysia pula menganggapnya seperti satu masalah yang membelenggu kehidupan mereka.

Sehinggit

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post