Breaking News

DAH AGAK DAH ! Rupanya Ini Punca Suspek Yg Hon Depan Masjid DIBEBASKAN Polis Padahal Baru 3 Jam Kena Tahan !

loading...

DAH AGAK DAH ! Rupanya Ini Punca Suspek Yg Hon Depan Masjid DIBEBASKAN Polis Padahal Baru 3 Jam Kena Tahan !

DAH AGAK DAH ! Rupanya Ini Punca Suspek Yg Hon Depan Masjid DIBEBASKAN Polis Padahal Baru 3 Jam Kena Tahan !

DAH AGAK DAH ! Rupanya Ini Punca Suspek Yg Hon Depan Masjid DIBEBASKAN Polis Padahal Baru 3 Jam Kena Tahan !


JOHOR BAHRU: Empat suspek yang ditahan awal pagi tadi berhubung kejadian memukul seorang pemandu lelaki yang dikatakan membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat di surau Taman Austin Perdana, di sini, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.

ARTIKEL MENARIK: Komen Peguam Muda Isu Hon Toyota Camry Ketika Solat Jumaat Ini Buka Mata Banyak Pihak

loading...

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata empat suspek berusia 21 hingga 55 tahun itu dibebaskan kira-kira tiga jam selepas keterangan mereka diambil pihak polis.

"Kes itu dalam keadaan terkawal dan polis sudah berjumpa dengan kedua belah pihak sama ada daripada sebelah mangsa juga daripada kalangan ahli masjid.

Seperti mana yang kita sudah maklum, pihak polis akan siasat dari pelbagai sudut. Apa yang ditulis di media sosial, abaikan.

"Saya memberi amaran bahawa pasukan polis akan memantau apa jua tulisan dan catatan yang ditulis oleh media sosial, kalau ada yang boleh mendatangkan keadaan yang panas, pihak polis akan mengambil tindakan ke atasnya, malah mereka boleh dikenakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau mengikut akta hasutan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Karnival Sukan dan Pasaria Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor yang diadakan di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihaknya turut memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

"Empat orang yang ditahan, sudah disiasat dan dijamin. Bermakna sebenarnya kes ini hanya diviralkan dan orang tidak dapat maklumat sebenarnya. Sebab itu, pihak polis immediate (segera) mengeluarkan kenyataan mengatakan keadaan semua terkawal.

"Kita tidak mahu hanya kerana viral, orang membuat perspektif negatif yang tidak baik tanpa memeriksa dengan kita (polis)," katanya.

Mengikut laporan, tindakan lelaki membunyikan hon keretanya ketika jemaah sedang solat Jumaat, menimbulkan kekecohan apabila dia dibelasah oleh orang ramai, dalam kejadian kira-kira 1.30 petang di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, dekat sini, semalam.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments