Header Ads

Bayi 17 bulan ditemui sedang menyusu badan ibunya yang telah meninggal dunia

loading...

INDIA - Seorang bayi lelaki berusia 17 bulan ditemui sedang cuba menyusu badan ibunya tanpa menyedari wanita itu telah meninggal dunia, lapor Daily Mail.

Bayi 17 bulan ditemui sedang menyusu badan ibunya yang telah meninggal dunia
Bayi 17 bulan ditemui sedang menyusu badan ibunya yang telah meninggal dunia

Polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan yang ditemui berhampiran landasan kereta api di daerah Damoh, Madhya Pradesh, pagi semalam.

ARTIKEL MENARIK:Diceraikan Suami Kerana Mengeluarkan 'Bunyi Aneh' Ketika Melakukan Hubungan Intim

loading...


Apabila pegawai polis tiba di lokasi, orang ramai sedang mengerumuni mayat wanita berkenaan dan bayinya yang menangis. 

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata, "Kami ternampak seorang wanita terbaring berdekatan landasan kereta api dan segera maklumkan kepada polis. 

"Tetapi apabila kami menghampiri wanita berkenaan, kami terkejut bila ternampak ada seorang bayi yang berada disisinya yang sedang menyusu badan," katanya yang turut mengakui sedih dan menangis menyaksikan kejadian itu. 

3.jpg

Menurut Pegawai Polis Nand Ram berkata, "Bayi itu ditemui di sisi ibunya yang telah meninggal dunia. Dia memeluk mayat ibunya dan meminum susu badan ibunya. 

"Kami terkejut melihat keadaan itu, ianya sangat menyedihkan. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini, ia sangat meruntun hati kami semua," katanya. 


Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya. 

"Kami percaya mangsa telah dilanggar berdasarkan pendarahan di hidung dan telinganya. 

"Kami cuba menjejak alamat rumah mangsa dan mencari maklumat dirinya agar ahli keluarganya dapat dimaklumkan," katanya. 

1.jpg

Sementara itu, bayi berkenaan dibawa ke hospital berdekatan untuk diperiksa sebelum dimaklumkan mengenai penemuannya kepada Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak tempatan. 


Menurut jurucakap hospital, "Bayi itu dibawa ke hospital ini sekitar jam 10 pagi (semalam). 

"Pemeriksaan telah dijalankan padanya dan mendapati dia hanya mengalami kesejukan sahaja. Bagaimanapun telah diberi ubat. 

"Dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kami akan memastikan dia dijaga dengan baik buat sementara waktu ini," katanya. - The Reporter
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.