Breaking News

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 - NORA ARIFFIN Curah Isi Hati Buat Ramai Mengalirkan Airmata

loading...

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 - NORA ARIFFIN Curah Isi Hati Buat Ramai Mengalirkan Airmata

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 - NORA ARIFFIN Curah Isi Hati Buat Ramai Mengalirkan Airmata
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 - NORA ARIFFIN Curah Isi Hati Buat Ramai Mengalirkan Airmata

Tanggal 9 April 1992 merupakan tarikh dimana penyanyi Nora Ariffin, 43, berkahwin dengan arwah suaminya, Johan Nawawi dan semalam genaplah 25 tahun usia perkahwinan pasangan ini.


ARTIKEL MENARIK: TERKINI !! Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia

loading...

Jika tahun-tahun sebelum ini mereka bersama-sama meraikan hari bahagia itu, namun pada tahun ini, Nora terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi untuk tidak lagi menyambutnya dengan suami di sisi.

Berkongsi coretan dan luahan pilunya di laman Instagram peribadinya, Nora berkata, seandai­nya suaminya itu masih ada, mereka kini berada di Mekah sempena usia perkahwinan tersebut.


Nora yang reda dengan suratan takdir kerana tahun ini dia tidak lagi dapat meraikan hari perkahwinan mereka, berjanji dan akan berpegang kepada pesanan arwah suaminya itu untuk kuat menjalani kehidupan.

Walaupun berpisah nyawa, namun kasih dan cinta penyanyi Nora terhadap arwah suaminya tetap utuh.

Dalam pada itu, Instagram Nora turut dihujani ucapan takziah daripada rakan-rakan serta pengikutnya.

Arwah Johan menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor kerana sakit jantung.



Berikut adalah curahan isi hati Nora di IGnya sempena ulantahun perkahwinan mereka yang ke-25:

"Today 9/4/2017. HAPPY 25th anniversery abang.

"9/4/1992... hari pertama I bergelar isteri abang. Last year kita sambut kat Bali, the best moment, this year, abang kata nak pergi lagi.... abang suka..

"Tapi this year, kita plan pergi umrah sempena 25th perkahwinan, abang plan nak pakai tuxedo dan duet lagu Hanya Satu...

"Hakikatnya hari ni abang dah takde, abang pergi tinggalkan I buat selama-lamanya.... I tak pernah terfikir abang akan pergi begitu cepat.... tiada terduga.



"Selama 24 tahun, kita tak pernah berpisah lebih dari 2 minggu. Tapi kita hanya merancang kan... Allah penentu segalanya.

"Selama 24 tahun, Abang telah mengajar I erti cinta sejati, kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan, kesabaran, kehidupan.... dan akhir sekali qada & qadar. Siapa kita untuk melawan takdir.

"Kini tiada lagi tempat mengadu, bergaduh, bergurau, bercerita, berkasih sayang..... yang ada hanya kenangan-kenangan indah yang akan kekal abadi selamanya.

"I sayang abang kerana Allah, dunia akhirat, saudara mara, kawan-kawan semua sayang abang.... tapi Allah lebih menyayangi abang, Dia lebih tahu, Dia ambik abang terlebih dahulu, semoga abang tenang ditaman-taman syurga yang lebih indah dari dunia ini.



"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa suamiku, tempatkan dia bersama orang-orang beriman & soleh....

"Semuga kita bertemu lagi disana... Abang tunggu I tau.... I nak jumpa abang lagi.... rindu abang..

"I akan ingat pesan-pesan abang, I janji kena kuat demi untuk menjaga peninggalan abang iaitu.... zuriat-zuriat kita.... mereka jugak rindukan papa. Semuga kita sekeluarga dapat bertemu lagi disyurga. InShaaAllah.

"Al- Fatihah. Darinya kita datang, kepadanya kita pulang. JOHAN NAWAWI 1966-2017


Sumber: Utusan & Nora Ariffin IG
Foto: Nora Ariffin IG


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments