TERKINI: Kassim Ahmad – Hapuskan Islam Sebagai Agama Persekutuan

TERKINI: Kassim Ahmad – Hapuskan Islam Sebagai Agama Persekutuan

Kassim Ahmad mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan.

TERKINI: Kassim Ahmad – Hapuskan Islam Sebagai Agama Persekutuan
TERKINI: Kassim Ahmad – Hapuskan Islam Sebagai Agama Persekutuan

Beliau juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama.

ARTIKEL MENARIK: 'Mufti Perak Boleh Dihukum 80 Kali Sebatan' - Siti Kassim

loading...
Kassim Ahmad, tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam, dilaporkan telah mengeluarkan pendapat sedemikian oleh The Malaysian Insight, kelahiran semula portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang telah diharamkan kerana telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kassim Ahmad, individu yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dakwaan menghina agama Islam mendesak, “Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama.” Beliau mendesak agar urusan pentadbiran agama ditadbir secara autonomi oleh penganut-penganut sendiri, tidak seperti sekarang di mana hal ehwal urusan agama Islam ditadbir oleh negeri.

Kuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri adalah di bawah naungan Raja-Raja setiap negeri sebagai Ketua Agama Islam masing-masing, dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, sesuai dengan yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. “Kita orang Islam, kita uruskan ugama Islam secara autonomi. Sendiri. Tak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Kassim Ahmad. “Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri mereka sendiri.

Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama. Umat Islam … mereka secara autonominya menjaga hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian juga menjaga agama mereka sendiri,” tambahnya lagi.

TCheese
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post