Breaking News

“Salahkah Saya Bermesra Dengan Aqasha?” – Rita Rudaini

loading...

Lebih sebulan isu Rita Rudaini yang didakwa sebagai punca pergolakkan rumah tangga Aqasha dan selama tempoh tersebut, Rita berdiam diri dan langsung tidak memberi komen mengenai isu tersebut.

“Salahkah Saya Bermesra Dengan Aqasha?” – Rita Rudaini
“Salahkah Saya Bermesra Dengan Aqasha?” – Rita Rudaini

Mungkin sudah memperolehi komen dan alasan yang sesuai, akhirnya Rita membuka mulut mengenai isu rumahtangga Aqasha.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Rita Rudaini Tampil Beri Komen Mengejutkan Isu Hubungan Dengan Aqasha

loading...

Rita menjelaskan segala perbualan mesra di antara dirinya dan Aqasha yang tersebar itu hanyalah antara satu usaha untuk menjiwai watak dalam drama sebagai isteri Aqasha.

“Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik. Baru-baru ini, kami sekali lagi berlakon bersama dalam Misi Laksa dan Laksam. Memang tidak dinafikan dalam menjayakan watak itu, sebagai kawan lama, kadangkala kami terlepas bergurau”

“Malah, orang produksi sendiri tahu bagaimana dalam kalangan kami bercanda. Cuma bagi orang luar yang tidak faham, pastinya susah untuk menerimanya. Bukan itu saja, dalam menjayakan watak itu kami membayangkan kalau kami benar-benar sebagai suami dan isteri, bagaimana situasinya. Berapa orang anak, rupa mereka macam mana”

“Cuma kadangkala, apabila mendapat projek berbeza sudah pasti cara untuk mewujudkan keserasian itu juga berbeza. Sekiranya ada perkara lain yang mahu ditanya, ada baiknya mereka tanyakan kepada Aqasha sendiri kerana yang mencetuskan isu ini bukan daripada pihak saya tetapi daripada pihak dia,” – Rita Rudaini

Pssttt… selain isu tersebut, ada juga spekulasi yang mendakwa Rita dan Aqasha sudah berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan isteri Aqasha. Biar betul?
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments