Breaking News

Punca Sebenar Pemain Import Pahang Sumareh Didenda Oleh FAM Ketika Menentang JDT

loading...

Penjaring gol yang membawa Pahang ke saingan separuh akhir di Larkin tempoh hari, Mohamadou Sumareh bakal terlepas aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA ahad ini di Darul Makmur.

Punca Sebenar Pemain Import Pahang Sumareh Didenda Oleh FAM Ketika Menentang JDT
Punca Sebenar Pemain Import Pahang Sumareh Didenda Oleh FAM Ketika Menentang JDT

Sumareh bakal di gantung satu perlawanan dan di denda RM3,000 di atas kesalahan menerjah pemain lawan ketika aksi Suku Akhir kedua Piala FA menentang JDT tempoh hari.

ARTIKEL MENARIK: 'Buat Masa Ini Saya Masih Tak Dapat Maafkan Mereka'

loading...

Berikut adalah kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu yang disiarkan menerusi facebook Football Association of Malaysia (Official)

KEPUTUSAN PENGGANTUNGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH DAN AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

Jawatankuasa Tatatertib, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)
Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)
Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

5. Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor juga telah diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku beliau yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.

Selain Sumareh, Afiq Fazail (JDT), Fakhrurazi Musa (T-Team) dan Mohd Rizal Ghazali (Kedah) turut menerima hukuman yang sama manakala Nazmi Faiz Mansor (JDT) diberikan amaran keras atas tingkahlakunya yang tidak profesional.

Sumber : http://www.tokgajah.com
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments