Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja

Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja

Miri - Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan, berkuat kuasa serta-merta susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja
Pengacara, 6 Kru Sukan Tak Sentral Digantung Kerja

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar yang memohon maaf secara terbuka pada sidang media bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek berkata, program yang sama juga ditamatkan siarannya.


ARTIKEL MENARIK: Jadual Dan Keputusan Penuh Piala FA 2017

loading...

Beliau berkata, tempoh penggantungan tugas enam krew penerbitan akan diputuskan kemudian.

"Saya mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyinggung perasaan keluarga Watson dan rakyat Sarawak," katanya di sini, sebentar tadi.

Turut hadir dan menyatakan kekesalan ialah Azizul Ammar sendiri.



Sementara itu, Watson menolak permohonan maaf daripada Primeworks Studios Sdn Bhd berhubung insiden nama bapanya dipersendakan.

Mimik tersebut dilakukan oleh pengacara Azizul Ammar Abu Hassan dalam rancangan "Sukan Tak Sentral".
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post