Header Ads

Najip Ali Digugurkan Sebagai Juri Tetap MLM 2017

loading...

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Najip Ali Digugurkan Sebagai Juri Tetap MLM 2017
Najip Ali Digugurkan Sebagai Juri Tetap MLM 2017

Gara-gara mempersenda dan menjadikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan lawak menerusi program OK CHOPE!, Najip Ali telah digugurkan sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017.

ARTIKEL MENARIK:Najip Ali Tampil Mohon Maaf Kepada PM

loading...
Bermula Jumaat ini, tempat Najip bakal digantikan dengan seseorang yang merupakan bekas pengkritik MLM.


Walaubagaimanapun, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad enggan memberikan sebarang pengesahan berhubung perkara berkenaan.

Buat masa sekarang pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini.



Semalam, Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi memberikan tempoh kepada Najip untuk membuat permohonan maaf terbuka sehingga hari Jumaat ini atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya jika beliau gagal melaksanakannya.

Enggan masalah menjadi lebih besar, Najip telah tampil memohon maaf semalam dan mengakui apa yang beliau lakukan itu salah dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.



Terdahulu, peserta rancangan berkenaan diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress“. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : Harian Metro
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
Loading...

No comments

Powered by Blogger.